Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Monday 26 March 2012

Sinar Harapan :- Tindakan Seorg Positif Hepatitis B

Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. 
Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia . 
Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. 
Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. 
Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya. 
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A,
 ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirosis hati. 
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil,
 ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?

1) Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV .
2) Tinggal bersama dalam rumah dengan individu dijangkiti.
3) Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
4) Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental).
4) Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
5) Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
6) Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebak dalam bentuk makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis B ?

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B .

1) Runding dengan doktor.
2) Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
3)Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
4) Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
5) Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukan ke hospital. Kalau tidak,anda lihat dan rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
6) Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat.
7) Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalam bentuk pil dan suntikan.
8) Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dilihat di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.

1) Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan ahli teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin.
2) Amalkan hubungan seks yang selamat .
3) Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
4) Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
5) Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain. sepenuh

Penjagaan sendiri:

1) Anda amalkan cara hidup yang sihat.
2) Anda perlu menjauhi alkohol.
3) Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
4) Anda patut mendengar nasihat doktor. 

sumber:- http://www.iptho.edu.my/pusatsumber/articles.php?article_id=161

6 comments:

  1. Hepetatis sesiapa saja boleh dijangkiti kan... alhamdulillah dengan wujudnya blog seperti ini boleh memudahkan lagi pencari2 maklumat berkenaan penyakit ini. Mudah bagi kita semua klik ajer di blog ni insyaallah segala info kita akan perolehi. Teruskan :)

    ReplyDelete
  2. yup najmi..... 100 kali lebih mudah dari HIV... lagi banyak kempen dan kesedaran pasal benda nie.... dan sebagai tanggungjawab sosial saya kena hindarkan diri dari menjangkiti org2 yang saya sayangi.....hope saya boleh beri sedikit sumbangan.... Fakta berkenaan HIV mungkin banyak tapi pasal Hepatitis B nie banyak fakta yang sama..... Mungkin hikmah yang tuhan berikan pada saya. Membuka jalan pada saya untuk berkongsi sesuatu... saya akan cuba berikan lebih banyak fakta pasal Hepatitis B nie.... hope dapat batu saya... Terima kasih Naj Mi atas sokongan.....

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada blog ni..Kami baru je dapat tau yg kami ni pembawa Hepatitis B..terima kasih terima kasih..;)

    ReplyDelete
  4. kami terima kasih juga sudi kunjungi blog saya... blog nie simple .. skrdar diari kehidupan saya dijangkiti hepatitis b dan berkongsi bahan bermanfaat kepada semua mereka yang mengalami fasa yang sama seperti saya.... saya harap awak sudi berkongsi pengalaman disini.... dan juga bahan...... salam ramadhan. semoga kita sama-sama kuat menghadapi ujian ini... insyallah

    ReplyDelete
  5. Kalau sudi juga share ler blog nie dalam blog awak....

    ReplyDelete