Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Wednesday 25 July 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KESEMBILAN



23/07/2012 - Bersamaan 3 Ramadhan 1433H

Assalammualaikum dan salam hormat, Ramadhan telah muncul.... Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan Ramadhan ini.. Terima Kasih Ya Allah. 3 Ramadhan tarikh yang cukup mengerunkan bagi aku kerana tarikh ini aku dan isteri akan ke HKL untuk menerima keputusan ujian darah isteriku. Perlbagai persoalan bermain difikiranku. Emosi juga terganggu. Kerisauan yang menggunung tinggi. Tak tertanggung dosa rasanyer jika keputusan yang bakal keluar sesuatu keputusan yang membuat aku akan rasa bersalah seumur hidupku. Ramadhan sememangnyer bulan rahmat... Ramadhan membuatkan aku kuat. Melawan segala andaian dan rumusan negetif dalam minda ku. 

Pagi yang dinanti telah tiba. Sepanjang perjalanan ke HKL hanya kesunyian menemani aku dan isteri. Kerisauan aku dan fikiran yang memikirkan segala kemungkinan. Sementara isteri aku tidak pasti apa yang terlintas difikirannya. Kami menunggu selama setengah jam sebelum nombor giliran dipanggil dan dirujuk kepada Doktor yang akan memberikan keputusan ujian darah isteriku. Setelah nombor giliran diperolehi kami ke bilik sebagaimana yang diarahkan. Dihadapan bilik tersebut ada MA bertugas dan mengarahkan kami ke kaunter keputusan ujian darah. Kami diminta mengambil keputusan dan barulah berjumpa dgn Doktor. Setelah ujian darah diperolehi aku orang pertama yang mengambil ujian itu dari tangan isteri. Alhamdulillah rasa syukur tidak terhingga apabila keputusan dibahagian depan menunjukkan 'nonreactive'. Walaubagaimanapun perasaan itu masih terkubur kaku untuk diluahkan selagi tiada pengesahan Doktor. Isteriku membawa keputusan tersebut menemui Doktor yang bertugas. Lama juga aku menanti. Penantian itu satu penyeksaankan... telah bermain fikiran yang negatif dalam mindaku. Isteriku sedang menangis ker di dalam... atau doktor sedang menerangkan tindakan yang perlu dilakukan? Oh Tuhan... terasa berat dugaan ini. Pintu bilik doktor terbuka.... Alhamdullillah... isteri keluar dengan tenang menuju ke arah ku. Tiba-tiba satu senyuman terlempar. Sambil berjalan dia mengucapkan rasa syukur bila dia disahkan negatif. Dia tidak dijangkiti Hepatitis B. Aku rasa bersyukur tidak terhingga. Ya Allah... jangan hukum mereka yang aku sayangi Ya Allah. Lindungilah mereka Ya Allah. Berikanlah mereka kesihatan yang selayaknya Ya Allah. Apa pun aku redha sekiranya kau ingin menguji hambamu ini. 

Ketenangan datang dalam diriku. Kerisauan berbulan2 cukup melegakan dengan keputusan itu. Aku berharap itu adalah keputusan yang tidak akan berubah. Kami telah berbincang untuk mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B untuk isteriku bagi mengelakkan dia dijangkiti. Segala apa yang aku lalui ini banyak hikmah yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh kita manusia yang sentiasa diuji. Apa pun syukur Alhamdulillah. Mungkin ini juga berkat doa sahabat-sahabat diluar sana... Terima kasih.

Setelah ketenangan itu datang terasa aku lebih bersemangat. Hilang semua fikiran yang merimaskan. Kini aku fokus untuk membina kehidupan yang lebih baik. 

Tutup cerita isteriku di diagnosis. Aku kini ingin melauahkan rasa sedikit kekesalan ku terhadap sistem perubatan kita di Malaysia. Walaubagaimanapun, luahan ini bukan lah atas dasar emosi dan sebagainya. Aku tetap bersyukur kerana kerajaan telah menyediakan prasarana perubatan yang cukup baik. Itu tidak dinapikan. Cuma ada perkara-perkara yang mungkin perlu diperbetulkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Tidak dinafikan bahawa perkara yang paling termahal sebenarnya dalam urusniaga kita adalah kos perubatan. Kerajaan telah memberikan subsidi yang cukup tinggi untuk kesihatan rakyat. Itu memang terbaik dan aku bersyukur. 

Apa yang aku kesalkan adalah kerana beberapa tindakan yang aku rasa perlu diperbaiki. Apa yang ingin aku luahkan adalah dimana Doktor yang memberikan keputusan ujian darah isteriku hanya bercakap 5 minit tanpa menerangkan apa tindakan yang perlu dilakukan. Aku tidak nafikan ramai pesakit yang menanti giliran. Tapi tidak salah rasanyer kalau sebagai doktor diperjelaskan dengan detail tentang perkara yang pesakit sedang lalui. Supaya ianya difahami dgn jelas. Doktor yang isteri aku temui hanya berkata yang isteriku tidak dijangkiti. Tidak menerangkan dengan terperinci akan ujian darah yang dibuat, status, tindakan lanjut dan sebagainya. Lebih membuatkan aku rasa sedikit terkilan bila isteriku bertanya tentang suntikan pencegahan Hepatitis B. Doktor tersebut minta isteriku merujuk ke klinik kesihatan yang hampiran untuk mendapatkan suntikan tersebut. Dimaklumkan bahawa HKL tidak menyediakan suntikan tersebut. Noktah sampai disitu sahaja penjelasan berkenaan ujian darah isteriku. Aku rasa ketika aku mendapat tahun aku Positif Hepatitis B dari Pusat Darah Negara ianya lebih jelas dan terperinci. Apa pun aku harus bersangka baik. Mungkin HKL tidak melayan kes-kes remeh seperti ini. Balik dari HKL kami terus ke Klinik dikawasan perumahan ku di Putrajaya. Sekali lagi kami menerima makluman yang disitu juga tidak disediakan vaksin tersebut. Dimaklumkan juga hanya klinik tertentu sahaja yang menawarkan suntikan tersebut. Kami bertanya macam mana ingin mengetahui senarai klinik. Dimaklumkan oleh pegawai bertugas tersebut yang dia juga tidak pasti. Kami diminta ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan tersebut. Rasa terkilan lagi. Jika HKL dan klinik di tempat seperti Putrajaya tidak menawarkan suntikan rasanya apa yang kerajaan war-warkan untuk pencegahan hepatitis B nie nampak macam tidak diambil kisah dan peduli. Apa pun kami masih bersangka baik. Mungkin kos yang tinggi ataupun mungkin kerajaan harus menangani isu kesihatan yang lebih penting. Apa pun aku berharap dimasa hadapan pihak pengurusan klinik atau hospital dapat menyediakan prasarana ini demi kebaikan bersama.

Ketiadaan suntikan vaksin di klinik yang kami pergi membawa kami ke klinik swasta. Dua tempat kami pergi dan mereka menawarkan suntikan tersebut. Satu suntikan berharga RM50. Aku dan isteri membuat keputusan untuk mengambil suntikan tersebut. Semoga isteriku terus dilindungi dari dijangkiti penyakit ini. 

Sahabat-sahabat diluar sana. Bagi mereka yang belum pernah menjalani ujian Hepatitis B... laksanakan lah kerana jika kita tahu kita tidak dijangkiti kita boleh dapatkan vaksin yag mampu mencegah dan juga membunuh virus itu dari menjangkiti dalam darah kita. Wang ringgit bukan ukurannyer.... nikmat sihat itu sangat berharga dari segala-galanya material didunia ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Alhamdulillah. 

Apa pun itulah kisah benar yang aku lalui. Sebagai bahan bacaan dan renungan bersama. Apa pun Ramadhan yang telah tiba ini membuatkan aku sedar bahawa nikmat hidup ini yang tidak ternilai. Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ramadhan. Semoga hidup kita semua dilimpahi rahmatNYA. Insyallah. Amin

6 comments:

  1. perkongsian yang sungguh2 bermanafaat. tiap kali menulis entry saya sering memasing niat, biarpun hanya seorang pembaca atau tanpa komen, bukan bermakna dakwah dan maklumat tidak berjaya kita sampaikan. tidak hari ini, besok lusa pasti akan dicari juga.
    alhamdulillah rupa2nya antara post yang paling popular banyak yang tidak mendapat sebarang komen.

    syafakallah untuk sahabat dan isteri tercinta

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... saya menulis bukan tujuan untuk di komen... skdar berkongsi mana tahu diluar sana masih ada insan yg terkapar2 mencari jalan dan buntu dengan takdir yg telah tertulis.... apa pun semoga perkongsian ini bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terharu membaca coretan saudara . nampaknya diri ini tidak sendirian mengalami jangkitan hepatitis b . saya sudah tiga tahun mendapat tahu saya alami hepatitis b positif . mula - mula tu dua orang adik perempuan pun alami nasib yang sama . apakan daya ini sudah suratan takdir .
      memang semangat masa terima laporan pemerikasaan darah tu agak down sikit . tetapi hasil carian dalam laman web dan kenalan-kenalan yang pernah alami masalah yang sama menunjukkan penyakit ini bukanlah uncurable . ia hanya uncurable disisi perubatan moden sebab tak jumpa lagi ubat yang spesifik boleh cure penyakit ni . tapi kalau saudara rajin menyemak di web dan mencari pakar perubatan alternatif seperti tabib cina , ayurveda , herba tradidional melayu wujud banyak penawar yang boleh membantu mengatasi penyakit ini .

      tapi terpulang kepada kepercayaan dan keyakinan kita kepada perubatan alternatif tersebut . mungkin kita selama ni terlalu yakin dengan ubat moden hingga tak melihat alternatif yang ada sekeliling kita

      Delete
  3. Salam saudara/saudari wahbah. Terima kasih sudi berkongsi pandangan dan juga pendapat. Alhamdulillah saya semakin kuat menghadapi hari2 yang mendatang. Redha dengan ketentuan yang tertulis. Apa pun semoga kita sama-sama kuat menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  4. as salam,saya ingin bertanya...adakah doktor menerangkan jika istri mempunyai antibodi adakah isteri akn susah berjgkit hep b ni

    ReplyDelete
  5. Betting Odds and Tips - Sporting 100
    Looking for a way to sporting100 bet on soccer? At Sporting 100, we have football betting odds comparison sites. Bet on your favourite teams and place a bet on

    ReplyDelete