Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Sunday, 2 December 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KESEPULUH


2/12/2012 - Bersamaan 19 Muharram 1434H

Assalammualaikum dan salam hormat. Bertemu kembali dalam catatan kisah hidup saya. Kali ini saya ingin menyambung perjalanan sebagai seorang pembawa Hepatitis B. Pada tanggal 30 November 2012 yang lalu saya telah ke HKL bagi tujuan pengambilan darah untuk temujanji pada 11 Disember 2012. 6 Bulan selepas temujanji terakhir. Skrang setiap 6 bulan saya akan menjalani ujian darah. Ujian kali ini tak secemas dan serisau seperti mula2 di diagnos.. sekarang lebih santai dan relax. Mungkin saya sudah belajar menerima. Keajaiban tu datang dari usaha dan kerja keras kita kan... Mungkin. Percaya pada takdir buat kita kuat. Apa pun semangat berjuang akan terus ada. Saya akan cuba melawan untuk jadi sihat. Berat badan makin bertambah mungkin kerana faktor perkahwinan. Isteri masak sedap kan... hehehhehee. Apa yang membinbangkan bila perut mula naik. Ada pelbagai andaian bermain di minda. Adakah kerana hati saya dah mula gagal berfungsi? atau pun sebab makan banyak? entah ler.. kadangkala fikiran kita terlalu memikirkan ke arah negatif kan.... abaikan ler. Lalui jer kehidupan ini seadanyer. Apa yang tertulis telah ditentukan. Tutup kisah pasal diagnos.. Aku nak kongsi pada Hari AIDS/HIV. Selamat hari AIDS/HIV. Semoga kawan-kawan PLHIV akan kuat menghadapai segala dugaan. Ceria kan hidup anda. Abaikan apa org nak kata. Semua org akan mati. Baik buruk hanyan tuhan yang tahu. Ikhlas kan diri insyallah kita akan lebih kuat menghadai kehidupan ini. Masih ada org yang sayang pada kita. Percaya ler...

Sekian dulu coretan kali ini. Rasanyer lama dah tak menulis sebabnyer tuntutan sebagai suami dan juga hal kerja dan kelas buat saya rasa semakin sibuk. Saja nak sibukkan diri supaya tak teralu memikirkan tentang apa yang mengalir dalam darah. Supaya saya boleh hidup macam org lain kan. Oklah so nanti saya akan update lagi status. Jumpa lagi.. Jaga diri.. Muhasabah selalu. Salam

Wednesday, 25 July 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KESEMBILAN



23/07/2012 - Bersamaan 3 Ramadhan 1433H

Assalammualaikum dan salam hormat, Ramadhan telah muncul.... Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan Ramadhan ini.. Terima Kasih Ya Allah. 3 Ramadhan tarikh yang cukup mengerunkan bagi aku kerana tarikh ini aku dan isteri akan ke HKL untuk menerima keputusan ujian darah isteriku. Perlbagai persoalan bermain difikiranku. Emosi juga terganggu. Kerisauan yang menggunung tinggi. Tak tertanggung dosa rasanyer jika keputusan yang bakal keluar sesuatu keputusan yang membuat aku akan rasa bersalah seumur hidupku. Ramadhan sememangnyer bulan rahmat... Ramadhan membuatkan aku kuat. Melawan segala andaian dan rumusan negetif dalam minda ku. 

Pagi yang dinanti telah tiba. Sepanjang perjalanan ke HKL hanya kesunyian menemani aku dan isteri. Kerisauan aku dan fikiran yang memikirkan segala kemungkinan. Sementara isteri aku tidak pasti apa yang terlintas difikirannya. Kami menunggu selama setengah jam sebelum nombor giliran dipanggil dan dirujuk kepada Doktor yang akan memberikan keputusan ujian darah isteriku. Setelah nombor giliran diperolehi kami ke bilik sebagaimana yang diarahkan. Dihadapan bilik tersebut ada MA bertugas dan mengarahkan kami ke kaunter keputusan ujian darah. Kami diminta mengambil keputusan dan barulah berjumpa dgn Doktor. Setelah ujian darah diperolehi aku orang pertama yang mengambil ujian itu dari tangan isteri. Alhamdulillah rasa syukur tidak terhingga apabila keputusan dibahagian depan menunjukkan 'nonreactive'. Walaubagaimanapun perasaan itu masih terkubur kaku untuk diluahkan selagi tiada pengesahan Doktor. Isteriku membawa keputusan tersebut menemui Doktor yang bertugas. Lama juga aku menanti. Penantian itu satu penyeksaankan... telah bermain fikiran yang negatif dalam mindaku. Isteriku sedang menangis ker di dalam... atau doktor sedang menerangkan tindakan yang perlu dilakukan? Oh Tuhan... terasa berat dugaan ini. Pintu bilik doktor terbuka.... Alhamdullillah... isteri keluar dengan tenang menuju ke arah ku. Tiba-tiba satu senyuman terlempar. Sambil berjalan dia mengucapkan rasa syukur bila dia disahkan negatif. Dia tidak dijangkiti Hepatitis B. Aku rasa bersyukur tidak terhingga. Ya Allah... jangan hukum mereka yang aku sayangi Ya Allah. Lindungilah mereka Ya Allah. Berikanlah mereka kesihatan yang selayaknya Ya Allah. Apa pun aku redha sekiranya kau ingin menguji hambamu ini. 

Ketenangan datang dalam diriku. Kerisauan berbulan2 cukup melegakan dengan keputusan itu. Aku berharap itu adalah keputusan yang tidak akan berubah. Kami telah berbincang untuk mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B untuk isteriku bagi mengelakkan dia dijangkiti. Segala apa yang aku lalui ini banyak hikmah yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh kita manusia yang sentiasa diuji. Apa pun syukur Alhamdulillah. Mungkin ini juga berkat doa sahabat-sahabat diluar sana... Terima kasih.

Setelah ketenangan itu datang terasa aku lebih bersemangat. Hilang semua fikiran yang merimaskan. Kini aku fokus untuk membina kehidupan yang lebih baik. 

Tutup cerita isteriku di diagnosis. Aku kini ingin melauahkan rasa sedikit kekesalan ku terhadap sistem perubatan kita di Malaysia. Walaubagaimanapun, luahan ini bukan lah atas dasar emosi dan sebagainya. Aku tetap bersyukur kerana kerajaan telah menyediakan prasarana perubatan yang cukup baik. Itu tidak dinapikan. Cuma ada perkara-perkara yang mungkin perlu diperbetulkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Tidak dinafikan bahawa perkara yang paling termahal sebenarnya dalam urusniaga kita adalah kos perubatan. Kerajaan telah memberikan subsidi yang cukup tinggi untuk kesihatan rakyat. Itu memang terbaik dan aku bersyukur. 

Apa yang aku kesalkan adalah kerana beberapa tindakan yang aku rasa perlu diperbaiki. Apa yang ingin aku luahkan adalah dimana Doktor yang memberikan keputusan ujian darah isteriku hanya bercakap 5 minit tanpa menerangkan apa tindakan yang perlu dilakukan. Aku tidak nafikan ramai pesakit yang menanti giliran. Tapi tidak salah rasanyer kalau sebagai doktor diperjelaskan dengan detail tentang perkara yang pesakit sedang lalui. Supaya ianya difahami dgn jelas. Doktor yang isteri aku temui hanya berkata yang isteriku tidak dijangkiti. Tidak menerangkan dengan terperinci akan ujian darah yang dibuat, status, tindakan lanjut dan sebagainya. Lebih membuatkan aku rasa sedikit terkilan bila isteriku bertanya tentang suntikan pencegahan Hepatitis B. Doktor tersebut minta isteriku merujuk ke klinik kesihatan yang hampiran untuk mendapatkan suntikan tersebut. Dimaklumkan bahawa HKL tidak menyediakan suntikan tersebut. Noktah sampai disitu sahaja penjelasan berkenaan ujian darah isteriku. Aku rasa ketika aku mendapat tahun aku Positif Hepatitis B dari Pusat Darah Negara ianya lebih jelas dan terperinci. Apa pun aku harus bersangka baik. Mungkin HKL tidak melayan kes-kes remeh seperti ini. Balik dari HKL kami terus ke Klinik dikawasan perumahan ku di Putrajaya. Sekali lagi kami menerima makluman yang disitu juga tidak disediakan vaksin tersebut. Dimaklumkan juga hanya klinik tertentu sahaja yang menawarkan suntikan tersebut. Kami bertanya macam mana ingin mengetahui senarai klinik. Dimaklumkan oleh pegawai bertugas tersebut yang dia juga tidak pasti. Kami diminta ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan tersebut. Rasa terkilan lagi. Jika HKL dan klinik di tempat seperti Putrajaya tidak menawarkan suntikan rasanya apa yang kerajaan war-warkan untuk pencegahan hepatitis B nie nampak macam tidak diambil kisah dan peduli. Apa pun kami masih bersangka baik. Mungkin kos yang tinggi ataupun mungkin kerajaan harus menangani isu kesihatan yang lebih penting. Apa pun aku berharap dimasa hadapan pihak pengurusan klinik atau hospital dapat menyediakan prasarana ini demi kebaikan bersama.

Ketiadaan suntikan vaksin di klinik yang kami pergi membawa kami ke klinik swasta. Dua tempat kami pergi dan mereka menawarkan suntikan tersebut. Satu suntikan berharga RM50. Aku dan isteri membuat keputusan untuk mengambil suntikan tersebut. Semoga isteriku terus dilindungi dari dijangkiti penyakit ini. 

Sahabat-sahabat diluar sana. Bagi mereka yang belum pernah menjalani ujian Hepatitis B... laksanakan lah kerana jika kita tahu kita tidak dijangkiti kita boleh dapatkan vaksin yag mampu mencegah dan juga membunuh virus itu dari menjangkiti dalam darah kita. Wang ringgit bukan ukurannyer.... nikmat sihat itu sangat berharga dari segala-galanya material didunia ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Alhamdulillah. 

Apa pun itulah kisah benar yang aku lalui. Sebagai bahan bacaan dan renungan bersama. Apa pun Ramadhan yang telah tiba ini membuatkan aku sedar bahawa nikmat hidup ini yang tidak ternilai. Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ramadhan. Semoga hidup kita semua dilimpahi rahmatNYA. Insyallah. Amin

Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan

Alhamdullillah... bersyukur kepada Tuhan di atas segala nikmatnyer..... Terima kasih kerana aku masih diberi kesempatan dan peluang menikmati dan melalui Ramdhan sekali lagi. Semoga Ramadhan kali ini memberikan sejuta ketenangan dan keinsafan dalam diri. Semoga aku dilimpahi RahmatNYA. Kepada semua.... Salam Ramadhan. Aku menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan seandainya ada perkara yang menguris dan juga tanpa disedari melukakan insan lain. Semoga kita mendapat banyak fadhilat dah rahmatnya di bulan yang mulia. Selamat berbuka puasa. bersederhanalah dalam segala aspek.

Thursday, 28 June 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KELAPAN


29/06/2012 - Bersamaan 9 Syaaban 1433H

Assalamamualaikum dan salam hormat, bulan syaban telah muncul... tanpa sedar ramadhan semakin menghampiri dan kemudian syawal..... terasa begitu pantas masa yang dilalui...... tanpa sedar sudah pertengahan 2012. 2012 tarikh yang begitu banyak rasa dan pengalaman yang tak terjangkau. Yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Apa pun inilah yang telah tertulis dalam perjalanan kehidupan aku sebagai manusia. Semakin hari aku semakin kuat menghadapi dugaan yang telah tertulis ini. Apa yang sering aku panjangkan dalam doaku adalah biarlah matiku dalam keredhaan Allah dan sentiasa dalam lindunganNYA. Aku berdoa agar insan-insan yang aku sayangi disekelilingku tidak akan menderita dengan dugaan yang diterima ini.

21 / 6 / 2012 dan 26 / 6 / 2012 tarikh temujanji aku bersama doktor pakar. Keputusan yang aku terima bahawa kesihatan aku berada dalam keadaan baik. Hati aku tidak mempunyai apa-apa masalah. Tapi telah sah bahawa aku adalah pembawa Hepatitis B. Setiap 6 bulan sekali aku diminta untuk membuat ujian darah bagi memastikan virus Hepatitis B itu tidak bertambah dan boleh menganggu fungsi hati. Aku redha dengan keputusan ini. Aku bertanya sekiranya ada cara yang boleh aku lakukan untuk kembali negatif Hepatitis B... namun jawapannya korang semua pun boleh agak... bahawa sekiranya virus ini telah berada dalam darah maka aku akan menjadi pembawa seumur hidup. Tiada ubat yang boleh membunuh virus ini hanya antibodi dalam badan sahaja. Tapi doktor tersebut menyatakan bahwa aku tidak perlu risau sebabnya aku boleh hidup normal seperti insan lain dan tak perlu ambil apa-apa ubat cuma kegiatan yang membawa jangkitan perlu dihindari. Aku kena lebih berhati-hati untuk mengalirkan semua bendalir dalam diriku. Amalan gaya hidup sihat boleh menyebab virus ini hanya akan ada dalam badanku tanpa dia menjadi penyebab penyakit hati. Doktor juga tidak menyarankan aku untuk mengambil ubat-ubat alternatif kerana diberitahu bahawa ubat yang tidak dapat dipastikan keberkesanannya boleh mempengaruhi hati dan menyebabkan kanser hati bukan disebabkan oleh virus Hepatitis B. Apa pun peluang hati aku rosak masih ada. Untuk mengelakkan itu berlaku maka setiap 6 bulan aku perlu membuat pemeriksaan darah.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
 
Huraian
i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
 
Apa pun yang bakal terjadi dalam kehidupan aku akan aku tempuh dengan setabah yang mungkin. Kerisauan tentang diriku semakin berkurangan kini aku kembali resah memikirkan isteri yang aku cintai. Dia telah mengambil dan menjalani ujian darah. Bulan Julai nanti akan diketahui apa keputusan darah. Sahabat-sahabat yang aku sanjungi tolong doakan agar isteriku tidak dijangkiti yer walaupun 99 peratus jangkitan boleh berlaku. Rasa bersalah yang teramat sangat. Tapi itulah tulisan takdir. Jika tuhan tidak mengkehendaki maka kami tidak akan dipertemukan jodoh. Apa yang aku telah tanam dalam diri ini aku akan cuba menjadi suami yang sebaik mungkin dan akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteriku. Mungkin inilah yang telah tuhan tentukan. Alhamdulillah. Aku berdoakan akan iman kami berdua diteguhkan untuk terus redha menerima dugaan ini.
 
Ketika di hospital aku merasa semakin kuat..... bila aku lihat bukan aku sahaja yang ditimpa dugaan ini... masih ramai diluar sana yang menerima nasib yang sama.... mungkin inilah dikatakan dugaan buat kami semua. Ketika di Hospital pelbagai reaksi yang terpapar... ada yang mengalirkan air mata... ada yang termenung... ada yang tersenyum.... ada yang seperti tidak pedulikan apa yang dilakukan... apa pun pada masa tu semua yang datang menghadapi masalah Hepatitis B..... yang pasti tidak ada seorang pun yang mahu bersembang,.... berkongsi rasa dan sebagainyer.... mungkin kerana stigma berkenaan penyakit ini membuatkan lidah menjadi kelu. Kalau kita demam atau sakit apa pun bila diklinik kita pasti akan saling tegur dan bertanya tapi bila berada diruangan yang melibatkan penyakit berjangkit ini mungkin semua orang tak sudi berkongsi rasa.... kerana perasaan takut, resah dan gelisah sering menghantui... mungkin apa yang aku rasa sama seperti apa yang meraka rasa..............

Aku cuba mencari kemuniti atau persatuan berkenaan penyakit ini.... namun aku tidak menemui. Mungkin takde persatuan yang wujud? atau mungkin aku yang tidak tahu dimana beradanya persatuan seperti ini..... aku cuba ingin mencari mereka yang senasib agar kami semua dan berkongsi rasa dan daling memberikan semangat seperti blog AHP...... kerana inilah kekuatan untuk kami saling merasa kuat menghadapi kehidupan ini. Sekiranya pembawa dan siapa pun yang mengunjungi blog nie boleh ler mewar-warkan salam ukhwah ini agar kita mampu berkongsi....... 

Sekian dulu coretan aku kali ini... ada kelapangan insyallah kita bertemu lagi...... Aku mendoakan kesejahteraan kepada kalian semua.... hargailah nikmat sihat sebelum datangnyer sakit... Wassalam


Tuesday, 5 June 2012

Mencari Ketenangan

Salam, mungkin lama saya tidak menulis. Kesibukan kerja harian ditambah sudah mula hidup berkeluarga membuatkan aku sibuk seketika sehingga kadangkala terlupa yang diri dijangkiti virus. Dalam masa sama mendiamkan diri mencari cara terbaik untuk aku terus melalui kehidupan ini. Memikirkan bagaimanakah aku harus menjaga diri dan keluarga.

Sukarkan bila tahu dalam darah ini mengalir virus yang berbahaya dan berjangkit. Terasa ingin hidup sendiri dan jauh dari manusia agar penyakit ini tidak berjangkit. Ada masa tabah ada masa goyah juga. Senyuman tawa dan gurauan kadangkala tak dapat melupakan apa yang terlintas difikiran. Bagaimanakah aku bakal mati? Perut jadi busong? mata dan anggota badan kekuningan? Ya Allah, Aku terlalu hina dimatamu Ya Allah. Ampunkan dosaku Ya Allah

Friday, 20 April 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KETUJUH


20/04/2012 - Bersamaan 28 Jamadil Awal 1433H

Assalamamualaikum dan salam hormat, berkongsi kembali luahan perasaan yang aku pendamkan. Riak wajah dan tutur kata mampu untuk aku cuba sembunyikan keresahan hati namun jasad dan tubuh ini tidak mampu menyembunyikan. Berat badan ku mula turun daripada 70kg kepada 66kg dalam masa 2 bulan. 4kg hilang tanpa melakukan senaman atau mengurangkan pengambilan makanan. Perubahan berat badan yang aku alami ini mula disedari rakan-rakan sepejabat. Kehairanan mereka mula tergambar disebabkan aku baru melangsungkan perkahwinan. Sepatutnya berat badan bertambah namun keadaan aku berbeza. Mereka hairan dan ada yang mengusik adakah aku tak bahagia kahwin? Aku jawab santai... saje nak jaga badan....nak pakai banyak tenaga...... dan mungkin perubahan hormon kot. Hakikatnya aku juga tak pasti kenapa berat badan ku mula berkurangan. Pelbagai perkara bermain dalam mindaku. Adakah aku risau dan resah menyebabkan berat badanku susut? Atau adakah penyakit yang mula menghidapi badan ku mula aktif dan menunjukan kesan. Ya Allah tak terjangkau akal ku. Jika ini suratan yang tertulis telah aku kuat menghadapinya. Aku melihat tanda-tanda lain jangkitan namun tiada cuma berat badan saya yang mula berkurangan.

Kerisauan aku bertambah bila aku mendapat berita ibuku sakit. Risau sangat sebab itulah insan yang paling aku sayang. Aku balik ke kampung melihat keadaan ibu. Diceritakan yang dia merasa lemah2 badan sepulangnya dari menziarahi saudaraku yang meninggal dunia. Abang aku bawa ibu ke hospital namun keadaan kesihatan ibu ok dan tidak dijangkiti apa-apa penyakit. Doktor minta rehat mungkin kerana kepenatan. Namun apabila matahari mula naik ibuku akan merasa lemah2 badan dan pening. Abangku cuba usaha cara tradisional. Dimaklumkan yang ibuku terkena badi mayat. Sekarang dalam proses berubat. Keadaannya makin membaik. Aku bercadang bercuti selama seminggu menjaga ibu.

Hati ku bertambah risau bila isteriku mula bersuara tentang anak, honeymoon..... aku jadi buntu. Perasaan seorang wanita kan. Apabila baru berkahwin sudah tentu kenalan dan kawan rapat akan bertanya soalan itu. Aku menjadi semakin celaru. Aku cuba perjelaskan kepada isteri. Namun hati wanita tak siapa yang tahu. Aku berdoa agar isteriku sabar menanti. Semoga dugaan yang tuhan berikan ini ada hikmah yang bakal menjelma. Aku pasrah.

Sahabat-sahabatku doakan supaya aku diberikan ketetapan hati agar terus kuat menghadapi dugaan ini. Demikian dulu luahan ringkas aku kali ini. Semoga bertemu lagi.

Tuesday, 3 April 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KEENAM




3/04/2012 - Bersamaan 11 Jamadil Awal 1433H

Assalamamualaikum dan salam hormat, bertemu kembali. Beberapa hari sudah aku tidak mengupdate di dalam blog. Tidak berkongsi fakta dan sebagainya. Semenjak 30hb aku mula rasa tenang sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Seperti semua sedia maklum 30hb March 2012 aku akan hadir ke HKL bagi tujuan temujanji bersama doktor. Sebelum melalui tarikh ini lagi aku telah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi segala ketentuan Tuhan. Aku bangun awal pada pagi 30hb. Temujanjiku pukul 8.30pg. Aku datang sebagaimana dijanjikan. Pagi 30hb kelihatan kaunter tidak begitu ramai dan tidak seperti hari aku hadir untuk membuat temujanji. Kehadiran aku ke HKL pagi itu diiringi hujan renyai2. Mungkin hujan rahmat pagi Jumaat.

Lebih kurang sejam aku menunggu giliran. Kebetulan pagi itu telah ramai juga yang hadir untuk temujanji. Angka giliranku 7009 dan ketika itu baru dipanggil 7003. Aku menanti dgn sabar. Ku lihat sekeliling. Masing2 membuat haluan masing2. Tak terlintas untuk bertegur siapa. Ada yang muda dan ada yang tua. Akhirnya nombor giliranku dipanggil. Aku menemui seorang doktor perempuan like indian girl. Nama dia Rena. Aku dijemput duduk. Pertanyaan awal aku diajukan tahukah atas sebab apa aku datang? Aku menjawab ringkas Hepatitis B. Doktor wanita tu tenang dan senyum. Satu risalah diserahkan kepada aku. Risalah Hepatitis B. Dia menerangkan secara ringkas berkenaan penyakit yang aku hadapi. Apa yang diperkatakan telah aku tahu dan baca sebelum nie. Aku mendengar tenang. Aku dinasihatkan supaya berhati dalam menjaga kesihatan selepas ini. Kemudian doktor bertanya statusku. Aku maklumkan aku baru berkeluarga. Dia minta nama isteriku dan memaklumkan supaya isteri aku turut menjalani ujian darah bagi memastikan tidak dijangkiti penyakit ini. Tindakan itu pasti aku lakukan. Aku tak sanggup isteri aku dijangkiti. 
 
Doktor rina hanya berbual santai bersamaku. Kemudian dia keluarkan laporan darahku dan bertanya berkenaan ujian ultrasound. Aku maklumkan temujanji pada 21 Jun 2012. Dia rekodkan. Aku bertanya adakah aku perlu mengambil segera ujian ultrasound tersebut? Dia kata tak perlu. Ikut sebagaimana jadual temujanji. Kemudia dia menerangkan tentang status penyakit aku. Berita yang aku rasa seperti perkhabaran angin lalu. Dia maklumkan bahawa ujian darah mendapati aku disyaki pembawa hepatitis b, walaubagaimanapun virus tersebut tidak dijumpai dalam ujian darah yang dilakukan. Melalui ujian darah tersebut darahku barada pada keadaan normal. Tetapi dia maklumkan ada kemungkinan virus senyap dalam darah sebelum dia menular. Dia juga menerangkan 80% jangkitan awal virus ini dapat dihapuskan oleh antibodi dalam badan. Sekiranya antibodi kuat dia dapat memusnahkan virus tersebut. Kemungkinan antibodi badan aku sedang melawan virus tersebut. Oleh demikian, dia minta untuk aku datang lagi temujanji 3 bulan akan datang. Dia maklumkan sekiranya ujian berikutnya mendapati virus tersebut tiada dalam darah aku kemungkinan besar aku bebas dari Hepatitis B. 
 
Sekiranya sebaliknya doktor akan mengesahkan bahawa aku adalah pembawa Hepatitis B bukan pengidap. Aku bertanya apa ubat dan juga tindakan yang perlu aku ambil. Doktor rina maklumkan bahawa tiada ubat yang boleh aku ambil kerana dalam tempoh masa skrg aku hanya boleh bergantung kepada antibodi dalam badan aku. Walaupun aku positif selagi virus tidak menyerang organ hati pihak hospital tidak akan memberikan ubat. Ubat hanya diberikan sekiranya virus mula merebak. sekiranya virus tidak menyerang maka aku hanya pembawa. Mungkin sampai hujung nyawa. Penjagaan kesihatan penting untuk aku buat masa skrg dan seterusnya. Doktor rina menerangkan aku tidak perlu risau cuma dalam keadaan sekarang aku diminta berhati2 dalam menjalani kegiatan harian agar tidak menularkan virus ini kepada orang lain kerana dalam tempoh skrg ada dua kemungkinan. Sekiranya positif sudah tentu darahku ada virus. Sekiranya melakukan hubungan seks tanpa protected atau darah aku mengalir dan terkena luka pada orang lain melalui pisau cukur, berus gigi kemungkinan besar aku akan menularkan virus tersebut. Sekiranya aku negatif aku tidak perlu lagi melalukan temujanji bersama doktor. Doktor rina bertanya pada aku sekiranya ada apa2 pertanyaan yang ingin aku ketahui lagi. Aku bertanya status kesihatan diriku. Buat masa skrg aku dimaklumkan bahawa aku sihat tetapi doktor rina tidak dapat mengesahkan selagi ujian berikutnya tidak dilakukan. Temujanji akan datang yang boleh doktor rina perjelaskan keadaan san status kesihatan aku. 

Satu surat dikeluarkan kepada isteriku untuk tindakan isteriku. Aku terima tarikh temujanji berikutnya iaitu pada 26 Jun 2012. Aku ucapkan terima kasih dan berlalu pulang. Ketika perjalanan pulang pelbagai perkara bermain difikiranku. Adakah doktor rina saja ingin tenangkan diriku dengan berkata demikian? Tak terjangkau akalku. Apa pun aku mula dapat rasakan ada aura positif masuk dalam diriku. Adakah aku akan sembuh dan menjalani kehidupan sebagaimana orang lain. Insyallah. Aku telah redha menerima ketentuan tuhan. Ada atau tanpa ada penyakit ini aku ingin membuka lembaran baru. Aku ingin hidup sebagaimana orang lain. Kenapa perlu aku menyeksa diri untuk selalu memikirkan kesan dan risiko. Tuhan tu maha adil dan maha mengetahui. Mulai dari hari ini aku berazam dan tanamkan dalam diri seberatmana pun kesan yang bakal berlaku akan aku tempuhi dengan hati yang sabar dan tenang. 

Kepada sahabat-sahabat diluar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama, renung-renungkan kata-kata yang aku zahirkan. Semoga kita beroleh kebahagian dunia dan akhirat.

Thursday, 22 March 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KELIMA





22/03/2012 - Bersamaan 28 Rabiulakhir 1433H

Assalamamualaikum dan salam hormat, kembali bertemu dalam catatan perjalan kisah kehidupan aku seorang positif Hepatitis B. Terasa waktu-waktu yang dilalui terlalu sukar. Ketenangan hati terasa sentiasa terganggu. Aku dah tak seperti dulu. Dalam hati aku bermohon agar diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Ada saat dan ketika aku kuat ada masa bila bersendirian aku akan memikirkan apa yang bakal berlaku sehingga aku buntu. Bila aku tersedar dari lamunan aku kembali mengingati Tuhan Penciptaku. Tindakan ku kadangkala seolah-olah menidakkan apa yang berlaku. Seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang telah Tuhan tentutan. Ya Allah Ampunkan Hambamu. Mungkin aku belum sekuat itu untuk menghadapi dugaan Mu. Berikan aku masa untuk menerima hakikat yang tertulis dalam hidupku.

Setiap masa yang terluang banyak aku habiskan dalam blog nie. Melayari internet untuk mencari kaedah perubatan bagi mengubati penyakit yang ku hidapi ini. Terasa waktu untuk temujanji bersama doktor pada 30hb nie terasa lambat berlalu. Aku kena ambil tindakan alternatif bagi mengelakkan virus yang ada dalam darahku ini semakin tersebar. Buat masa sekarang aku terpanggil untuk mengambil satu penawar iaitu Qhazanah. Perubatan secara islam. Mungkin itu alternatif yang terlintas. Dalam masa sama juga aku mencari alternatif2 lain. Akan aku cuba usahakan untuk mengubati penyakit ini walaupun pada dasar perubatan penyakit ini tidak mampu diubati. Aku berpegang kepada kata-kata bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya, kita diminta berusaha mencari penawarnya. Aku tidak akan mengalah untuk terus berjuang.

Apa pun kehidupan yang tertulis sudah tidak mampu untuk aku menidakkannya. Aku janji pada diriku bahawa tak akan ada apa pun yang berubah meskipun aku mengidap penyakit kedua yang digeruni manusia. Aku akan terus tanamkan pada diriku untuk menjadi manusia yang lebih baik dari diriku selama ini. Meskipun aku bakal kehilangan mereka-mereka yang aku sayangi, aku dipinggirkan, akan ditakuti, akan dipandang sinis, akan aku tempuh dengan hati yang redha. Insyallah. Kehidupan harus diteruskan. Sementara kesempatan masih ada izinkan aku membuat kebaikan sebanyak yang mampu dan yang terdaya. Dan aku akan berfikiran positid se positifnyer penyakit yang aku hadapi. Semoga akan ada penawar dan dapat kembalikan nikmat sihat dalam diriku... Insyallah. Aku hambamu yang lemah Ya Allah bermohon agar kau kurniaankan kebaikan dan permudahkan jalan HambaMU ini. Amin.


bersambung.......

Wednesday, 14 March 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KEEMPAT



15/03/2012 - Bersamaan 21 Rabiulakhir 1433H

Subhanallah. Ketenanganku terganggu seketika. Aku terima panggilan daripada Pejabat Kesihatan. Aku tahu bahawa Pejabat Kesihatan akan menghubungi aku kerana aku mengidap Penyakit Berjangkit. Apa yang meresahkan aku adalah apabila dia bertanyakan tempat aku bertugas. Ya Allah, aku terima dugaanmu diatas kesakitan yang telah dianugerahkan tapi Ya Allah, aku tak bersedia untuk berita kesakitan yang aku alami ini diperhebahkan Ya Allah. Lindungilah aku dari kehinaan, kesakitan dan kerisauan Ya Allah.  

Ketakutan muncul kembali, tidur ku tak lena sehingga aku menangis dalam tidur. Aku terjaga dengan airmata mengalir. Keresahan yang aku alami terbawa ke dalam mimpi. Adakah Inspektor Kesihatan akan datang ke pejabat ku dan menghebahkan berita akan kesakitanku? Adakah kawan-kawanku dipejabat akan diminta membuat ujian darah takut-takut dijangkiti? Adakah aku akan menjadi punca kerisauan dan keresahan rakan sepejabatku? Akankah aku kehilangan sahabat-sahabatku? Bakal berubah ker kehidupanku selepas ini? Pelbagai persoalan bermain dimindaku. Aku celaru. Ya Allah, kuatkan lah aku untuk menghadapi kenyataan hidup ini. Terasa buntu fikiranku.

Terlintas difikiranku tentang tanggungjawab sosialku. Aku tak patut rahsiakan penyakit yang aku alami kerana mungkin tanpa sedar aku akan menjakiti orang lain. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Tunjukkan aku jalan yang benar Ya Allah. Aku bermohon padaMu. Aku hambaMu yang lemah mengakui segala kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan. Berikanlah kelapangan dalam perjalanan kehidupanku. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kepada rakan-rakan pembaca, bantulah aku. Berilah pandangan dan pendapat yang sewajarnya. Aku buntu dan perlukan sokongan sahabat-sahabat.

Tuesday, 13 March 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KETIGAKU


Coretan lintasan perjalanan seorang hamba Allah S.W.T. Detik dan saat dibangunkan daripada mimpi indah dunia agar kembali dekat mengingatiNYA. Subahanallah. Semoga perkongsian perjalanan ini mampu dan dapat memberikan semangat, ketenangan, kekuatan, kesabaran dalam kita menempuhi ujian tuhan walau sebarat mana sekalipun. Ujian itu tanda Tuhan mengingati kita dan sayang pada hambaNYA. Insyallah.


14/03/2012 - Bersamaan 20 Rabiulakhir 1433H

Assalammualaikum, Salam Hormat. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Yang Maha Kuasa kerana aku masih lagi bernafas dan dapat menghirup udara segara. Syukur yang tidak terhingga. Kini aku akan sambung melakarkan coretan kisah kehidupanku untuk catatan seterusnya. Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang diberi sedikit ujian agar ujian tersebut mampu membuka lembaran baru dalam kisah kehidupan hambaNYA dan terus mengingatiNYA. 

Aku telah menerima panggilan telefon dari HKL. 30 March 2012 adalah tarikh temujanjiku bersama Doktor Pakar HKL. Aku diminta untuk hadir awal ke HKL bagi mengambil sample darah dan melakukan X-RAY Ultrasound untuk hati. Aku diminta berpuasa sebelum hadir. Kebetulan sehari selepas aku dihubungi aku bercuti setelah pulang outstation dari Perak. Awal-awal pagi aku bangkit dan terus ke HKL. Pukul 8.00 pagi aku telah berada di HKL dan terus ke Unit Geastro. Jururawat yang bertugas mesra menyambut kehadiranku. Aku maklumkan tujuan kedatanganku. Jururawat bertugas meminta Kad Pengenalan. Setelah dokumen berkenaan diriku diperolehi dia menjelaskan tindakan yang perlu aku lakukan. Aku diarahkan untuk mengambil sample darah terlebih dahulu dan kemudian membuat temujanji X-RAY. Ketika aku ke ruangan pengambilan darah aku dapati ramai telah menunggu. Aku kemukan dokumen yang diberikan oleh jururawat sebentar tadi kepada jururawat yang bertugas di bahagian darah. Dia memberikan nombor giliran. Angka 64. Aku melihat di papan screen baru angka 10. Aku bertanya kepada jururawat bertugas tempoh masa yang dirasakan pada nombor giliran aku. Dia maklumkan dalam lingkung pukul 10.00. Aku perlu menunggu 1 jam setengah kerana jam didinding menunjuk pukul 8.30 pagi. Aku membuat keputusan untuk pergi kebahagian X-RAY. 

Di kaunter X-RAY aku kemukan dokumen dan maklumkan temujanji bersama doktor. Aku diminta tunggu sebentar. Disini tak seramai seperti di bahagian darah. Aku orang kedua. Setelah namuku dipanggil aku dimaklumkan yang jadual XRAY aku hanya boleh dilakukan pada bulan Julai kerana senarai telah penuh. Walaubagaimanapun jururawat bertugas membantu mencari tarikh terdekat sekiranya ada pesakit yang membatalkan temujanji disaat akhir. Satu tarikh paling terdekat adalah pada bulan Jun. Aku bersetuju. Jururawat memaklumkan sekiranya aku memerlukan XRAY dengan kadar segera dia minta ketika temujanji bersama Doktor Pakar nanti aku jelaskan pasal tarikh temujanji. Doktor Pakar akan mengambil tindakan lanjut untuk mempercepatkan XRAY sekiranya dirasakan perlu. Hanya Doktor Pakar mempunyai kuasa bagi mempercepatkan XRAY dilakukan. Dokumen yang aku serahkan kepada jururawat tadi dikembalikan dan tentera tarikh temujanji iaitu 21 Jun 2012. Selesai soal XRAY dan aku ke bahagian darah kembali. 

Setiba aku disana angka menunjukkan 35. Cepat juga proses pengambilan darah. Aku lihat ada 3 kaunter dibuka. Ketika berada dibahagian pengambilan darah hanya kelihat majoriti warga-warga emas. Hanya beberapa orang yang muda dan lebih kurang lingkungan umurku. Mungkin mereka pelik melihat kehadiran aku. Sakit apakah aku? mungkin itu yang terlintas dalam fikiran mereka. Sementara menunggu pelbagai persoalan bermain difikiranku. Terasa darah yang mengalir terlalu kotor. Aku banyak beristifar agar tidak berburuk sangka. Jam 9.30pagi nombor ku dipanggil dan aku terus ke kaunter 2. Seorang jururawat lelaki berambut panjang. Aku serahkan dokumen dan jururawat lelaki tersebut mengangkat tanganku. Dia tepok pada pergelangan siku. Prosedur biasa. Kemudian dia cucuk jarum dan sedut darah. Cucukan terasa seperti gigitan semut. Setelah selesai dia letak kapas pada bekas cucukkan. Dia kata selesai. Aku tanya dokumen. Dia kata dokumen akan diserahkan pada Doktor Pakar. Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu. Dia hanya merenung. Aku tidak tahu kalau dia tersenyum sebabnyer dia memakai topeng penutup mulut. Selesai satu tindakan. Pada 30hb March 2012, aku akan menemui Doktor Pakar. Rasa risau ada dan aku tidak sabar mendengar apa yang bakal diperkatakan Doktor tersebut. Sama-sama lah korang tolong doakan semoga segala keputusan yang dibuat berkenaan darahku tidak benar... Aku kadangkala terfikir semoga ada keajaipan yang bakal berlaku. Insyallah. Itu tidak bermakna aku melawan suratan takdir cuma sedikit perngharapan. Apa pun keputusan akan aku tempuh. Nantikan sambungan kisah kehidupanku ini untuk catatan berikutnya........


.... bersambung

Monday, 12 March 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KEDUAKU


Coretan lintasan perjalanan seorang hamba Allah S.W.T. Detik dan saat dibangunkan daripada mimpi indah dunia agar kembali dekat mengingatiNYA. Subahanallah. Semoga perkongsian perjalanan ini mampu dan dapat memberikan semangat, ketenangan, kekuatan, kesabaran dalam kita menempuhi ujian tuhan walau sebarat mana sekalipun. Ujian itu tanda Tuhan mengingati kita dan sayang pada hambaNYA. Insyallah.

12/03/2012 - Bersamaan 18 Rabiulakhir 1433H

Assalammualaikum, Salam Hormat. Maaf kerana telah mendiamkan diri buat seketika. Atas alasan tugas dan kegiatan harian yang aku perlu lakukan. Aku terpaksa meninggalkan seketika kerisauan dan kebimbangan diri serta penulisan dalam blog ini. Semakin hari aku semakin tenang, tabah dan lebih yakin. Kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dimuka bumi bagaikan berkorbar-kobar walaupun hakikatnya dunia ini hanya pinjaman dan satu persinggahan. Akan aku lalui kehidupan didunia nie selayak dan sepatutnya aku sebagai Hamba Allah S.W.T. Kalau selama ini solatku, ibadahku terumbang ambing tapi kini kurasakan aku mula focus dalam menjalankan ibadahku. Alhamdulillah, dugaan yang telah kau berikan pada diri hambamu ini telah membuka satu lembaran baru, menyedarkan aku akan kealpaan aku sebagai hambamu Ya Allah.

Setelah aku meninggalkan sedikit catatan dan coretan kisah Diari Kehidupan - Cacatan Pertamaku, kini aku akan berkongsi pula untuk catatanku yang seterusnya. Sekadar meluahkan sedikit perasaan dan juga ingin berkongsi bersama-sama rakan pembaca. Dalam catatan pertamaku aku meluahkan kebimbangan aku dijangkiti HIV Positif. Aku terus mengikuti perkembangan blog Aku HIV Positif kerana telah aku sematkan dalam diri untuk sama-sama membantu mereka dan sama-sama saling menyokong antara satu sama lain. Insyallah.

Catatan kali ini, aku sambung dengan coretan perkongsianku terhadap keputusan darah yang aku perolehi dari Pusat Darah Negara. Aku telah menemui doktor yang aku jumpa waktu menderma darah dan dia yang bakal memberikan keputusan darah yang bakal aku ketahui. Tarikh 29/02/2012 - tarikh yang hanya muncul 4 tahun sekali. Tarikh yang bakal merubah sedikit perjalanan hidupku. Keputusan yang aku terima, aku bukan Pembawa HIV Positif. Alhamdulillah. Tapi aku telah disahkan mungkin pembawa Hepatitis B. Penyakit yang berpunca dari virus dan tersebar dalam darah dan penyakit yang belum ada ubatnyer juga. Terasa seperti satu batu berat menghempap diri. Dugaan Tuhan. Aku di diagnosis secara verbal tentang perkara-perkara yang mungkin menyebabkan aku dijangkiti. Soalan keturunanku dan segala kemungkinan yang menyebabkan aku mungkin di jangkiti diajukan. Aku rasa dalam keluarga aku takde sesiapa pun pembawa penyakit itu cuma yang terlintas aku pernah membotakkan kepala dan ada satu ketulan daging yang telah tertoreh dari pisau pencukur rambut kira-kira bulan 5 tahun lepas. Tak mungkin sebab itu. Aku tidak mahu berburuk sangka. Doktor di PDN menerangkan kemungkinan besar sebab itu mungkin ada. Aku telah diminta untuk merujuk ke Hospital Pakar Kuala Lumpur. Satu surat dikeluarkan dan pada hari yang sama aku ke HKL dan terus ke Unit Geastro, Hospital Pakar Kuala Lumpur sebagaimana tentera diatas surat. Kebetulan unit tersebut bercuti pada hari rabu dan aku diminta tinggalkan surat, mereka akan menghubungi aku kembali untuk satu temujanji dengan Doktor Pakar HKL.

Walaupun kegelisahan aku kepada HIV telah hilang namun kerisauan aku kepada Hepatitis B pula yang tengelam timbul dalam fikiranku. Teruk ke kesan penyakit ini? Pulangnyer aku dari HKL aku mencari fakta berkenaan Hepatitis B. Aku perolehi fakta dari blog ini http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1521.0

Hepatitis B

Penyakit ini merupakan yang paling biasa berbanding A dan C, berpunca daripada jangkitan virus hepatitis B. Kadangkala ia boleh membawa kepada kerosakan hati kekal dan mempunyai kadar kematian tertinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 300 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Di Malaysia terdapat 1.3 juta rakyatnya menghidap hepatitis B. Gejala-gejalanya; demam, tiada selera makan, termasuk tidak selera merokok, letih lesu, kulit menjadi kuning, air kencing kuning serta najis nampak pucat. ``Keadaan ini dikenali sebagai jangkitan hepatitis akut. Dua peratus daripada pesakit hepatitis akut boleh mendapat hepatitis akut teruk hingga membawa kegagalan hati teruk.``Seperti hepatitis C, sebahagian besar pesakit yang dijangkiti viral hepatitis B tidak mengalami apa-apa tanda,'' jelas Dr. Fazilah. Didapati 90 peratus bayi yang dijangkiti penyakit ini akan menjadi penghidap hepatitis B kronik manakala 50 peratus kanak-kanak juga akan menjadi pesakit hepatitis B kronik sementara lima hingga 10 peratus dewasa akan menghidap hepatitis kronik.
 

Bagaimana ia merebak?

Virus hepatitis B boleh dijangkiti dengan pelbagai cara. Antaranya sentuhan darah ke darah seperti tercucuk jarum, suntikan mahupun berkongsi jarum, hubungan seks, berkongsi berus gigi, sikat, percikan darah ke muka dan diwarisi daripada ibu ke anak. Bagaimanapun, ia tidak boleh dijangkiti hanya dengan bersin, batuk, berkongsi pinggan mangkuk dan berpelukan. Tambah Dr. Fazilah, ia boleh dielakkan dengan mengelak tabiat seks rambang dan tidak berkongsi jarum. ``Jika suasana bekerja terdedah dengan darah, cecair badan, amalkan sikap berhati-hati dan dapatkan imunisasi,'' jelas beliau. Menurutnya, jika seseorang disahkan menghidap masalah jangkitan hepatitis B kronik dinasihatkan menjalani ujian darah berkala untuk fungsi hati, ujian serum alpha tetaprotein dan ujian ultrasound hati, sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Siapa yang patut menjalani ujian darah?

* Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit hati
* Mereka yang datang dari China di mana berlakunya wabak jangkitan HBV
* Penagih dadah atau mereka yang terlibat dengan seks rambang
* Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa penghidap penyakit ini
* Kakitangan kesihatan
* Pesakit yang menjalani rawatan dialisis.

Rawatan

Dr. Fazilah menegaskan, terdapat kes-kes hepatitis di mana pesakit akhirnya bebas daripada penyakit itu selepas satu tempoh yang agak lama kerana antibodi pesakit itu berjaya melindungi diri daripada penyakit tersebut. Sebab itu pesakit dinasihatkan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan. Jagalah hati dengan baik.


Kesimpulan dari blog ini : aku terasa bahawa penyakit ini terlalu mudah dijangkiti. Sesiapa dan tak kira dimana pun. Apa yang juga terlintas aku tidak mahu berburuk sangka atas apa yang bakal berlaku. Aku harus tahu banyak fakta berkenaan perkara ini. Sekiranya penyakit ini adalah ujian dari Allah S.W.T akan aku terima dengan lapang dada. Mungkin inilah salah satu cara untuk menyucikan diriku atas segala dosa yang pernah aku buat dan mungkin ini adalah anugerah Tuhanku untuk mendekatkan aku kepadaNYA. Alhamdulillah. 

Kini, wajah isteriku yang baru aku nikahi tergambar didepan mata. Malam ini aku akan menemuinya. Rasa bersalah menghantui diriku. Akan aku buangkan rasa gelisah, rasa takut, rasa keliru, rasa sedih yang aku rasa. Akan aku pamirkan senyum bila menyambut kehadiran isteri yang aku nikahi. Isteri yang telah aku bersumpah akan menjaganya seumur hidupku. Saya sayakan awak wahai isteri yang amat aku kasihi. 

Malam itu, selepas menunaikan solat taubat, solat istikharah dan solat hajat. Aku mencari kekuatan untuk memberikan keputusan ujian darahku kepada isteri. Dua perkhabaran yang bakal aku berikan. Berita gembira dan khabar berita sedikit tidak baik tapi penuh khimah. Aku perjelaskan bahawa aku bukan pembawa HIV Positif dia hanya tersenyum. Kemudian dengan kekuatan yang ada aku khabarkan bahawa aku mungkin disahkan pembawa Hepatits B. Airmata tanpa dapat dikawal menitis dari kelopak mata seorang wanita. Ku dakap isteriku. Rasa bersalahku seperti menjerut diri. Airmata itu akan ku semadikan selamanya agar airmata itu adalah airmata terakhir yang bakal menitis dari kelopak mata isteriku. Ya Allah, aku redha dengan dugaanmu. Aku berdoa agar kau lindungi isteriku Ya Allah dari penyakit yang aku hadapi. Hindarkan isteriku dari segala keresahan, kesakitan dan kehinaan. Malam tu kepeluk erat tubuh isteriku. Aku terlalu mencintai dia. Terima kasih Tuhan kerana kau menganugerahkan aku rasa cinta dan dicintai yang tidak ternilai. Apa jua pandangan isteriku terhadapku akan aku terima. Apa juga keputusan yang bakal isteriku berikan akan aku terima dengan lapang dada. Semoga hubungan suci yang baru terjalin ini mendapat limpahan rahmat darimu Ya Allah. 

Terima kasih Ya Allah atas segala rahmat dan nikhmat yang ko berikan selama aku bernafas.
... bersambung
 

Tuesday, 28 February 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN PERTAMAKU


Coretan lintasan perjalanan seorang hamba Allah S.W.T. Detik dan saat dibangunkan daripada mimpi indah dunia agar kembali dekat mengingatiNYA. Subahanallah. Semoga perkongsian perjalanan ini mampu dan dapat memberikan semangat, ketenangan, kekuatan, kesabaran dalam kita menempuhi ujian tuhan walau sebarat mana sekalipun. Ujian itu tanda Tuhan mengingati kita dan sayang pada hambaNYA. Insyallah.

17/02/2012 - Bersamaan 24 Rabiulawal 1433H

Hari ke-2 aku kembali bertugas setelah hampir sebulan menyempurnakan majlis perkahwinan. Segala penat lelah selama ini bagi menguruskan majlis telah hilang. Kini, fikiran ku kembali kepada alam pekerjaan dan juga kelas PJJ. Keseronokan selama sebulan kini hilang begitu sahaja. Pagi itu seperti rutin biasa aku bangkit dan masuk ke pejabat. Gurauan rakan pejabat tentang perkahwinanku masih segar dalam setiap tutur kata mereka. Terasa indah seketika dunia ini. 

Hari ini hari jumaat, kebiasaan aku tidak pulang ke rumah tetapi disebabkan ingin menyelesaikan beberapa perkara dirumah, aku telah pulang. Tergerak hati aku ingin melihat peti surat. Saat peti surat terbuka, terlihat satu surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA daripada Pusat Darah Negara, dalam kotak fikiran mungkin surat terima kasih. Lantas aku buka surat tersebut. Degupan jantung aku terasa laju, aku mula rasa tidak sedap hati bila tajuk surat tentera menulis Temujanji Bersama Dengan Pakar Perubatan Pusat Darah Negara. Aku diminta untuk datang SEGERA bagi menemui doktor di PDN. Aku naik ke rumah dan search di internet. Apa yang aku temui adalah satu laman web bertajuk EXCLUSIVE: PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)dari sesawang AKUHIVPOSITIF.BLOGSPOT.COM - terus darahku bederau dan gelisah. Aku susuli setiap page dalam laman web itu dan kisah exclusive ini pertama ku baca. Tersentap seketika. Buat pertama kalinyer aku telah mengenali satu laman web yang sebelum ini tidak terlintas dalam fikiran ku. Laman web berkaitan HIV. Hatiku mula gelisah satu tulisan ringkas ku tinggalkan diruangan comment post tersebut:

"Saya juga baru menderma darah..... dah dapat surat kena jumpa or temujanji dengan doktor kat Pusat Darah Negara.... sangat merisaukan saya.... sedangkan saya tidak melakukan apa2 aktiviti seks bebas dan sebagainyer.... juga tidak mengambil dadah... focus harian saya telah hilang... sangat merisaukan saya..... saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan telah menyentuh isteri.... ia amat membimbangkan saya sangat sekiranya situasi saya sama seperti AkuMENYESAL... Ya Allah Ampunkan Dosaku. Minggu depan saya akan berjumpa Doktor pada hari Rabu.... Bantu lah saya..... terasa buntu."

Ikhlas, INSANTertekan


Fikiranku mula memikirkan perkara-perkara yang negatif. Mencari apakah adalah masalah pada darah yang ku dermakan. Aku juga sempat seketika untuk masuk ke laman web Pusat Darah Negara. Aku lungsuri laman web tersebut dan mencari kepastian. Kerisauan ku bertambah bila hanya yang kutemui bebrapa perkara berkenaan HIV dan penyakit kelamin. Ianya menambahkan keresahan dalam kotak fikiranku. Aku pergi menunaikan solat jumaat. Solatku tidak khusyuk. Fikiranku sentiasa memikirkan kenapa aku terima surat dari Pusat Darah Negara? Tak tercapai akalku. Aku cuba menidakkan pelbagai perkara. Aku sibukkan diri dengan melaksanakan tugas2 harianku. Fikiranku juga fokus ke arah assigment yang perlu aku selesaikan dan submit pada hujung minggu. Gelisah menghantui diriku.

Selesai waktu pejabat aku kembali ke rumah. Ku buka kembali laman web AKU HIV POSITIF. Aku kembali melihat diruangan komen yang ku tinggalkan. Tiada jawapan. Hatiku mula resah. Malam tu aku betul-betul berdoa kepada tuhan supaya aku dihindarkan daripada segala musibah. Wajah isteri yang baruku nikahi tergambar. Rasa gelisah dan risau. Perlukah aku memberitahu beliau akan perkara yang berlaku. Esok isteriku akan datang ke rumahku. Isteriku belum dapat ditukarkan. Memandangkan aku belajar dihujung minggu jadi isteriku datang dari Johor ke Kuala Lumpur. Kegelisahan aku bertambah.

19/02/2012 - Bersamaan 26 Rabiulawal 1433H

Aku berjaya menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan isteriku. Isnin aku diarahkan untuk melakukan kerja luar kawasan.

20/02/2012 - Bersamaan 27 Rabiulawal 1433H
 
Hati ku tidak tenang sepanjang berada disana tapi aku menyembunyikan kegelisahan ku. Aku tekad untuk pergi ke Pusat Darah Negara pada hari rabu 22 Feb 2012.
  
21/02/2012 - Bersamaan 28 Rabiulawal 1433H

Sekembalinyer aku daripada bertugas sekali lagi aku menyusuli laman sesawang AKU HIV POSITIF dan ada respond pada komen yang kutinggalkan. Terasa seperti semangat datang kembali.

  1. Anonymous oneFeb 17, 2012 07:50 PM
    Kalau baru melangsungkan perkahwinan tentu ada buat HIV test. bagaimana HIV test sebelum perkahwinan?


    Jangan stress cuba jumpa doktor dulu tengok apa masalahnya.

  2. 1. "saya tidak melakukan apa2 aktiviti seks bebas dan sebagainyer..."

    2. "ia amat membimbangkan saya sangat sekiranya situasi saya sama seperti AkuMENYESAL... Ya Allah Ampunkan Dosaku."

    macamana tu? apa yang nak kami bantu? mari kita clearkan dulu apa sebenarnya masalah saudara. baru kita fokus pada langkah seterusnya.

    Sila emel saya: positive4eva@gmail.com
Bila ada jawapan terasa seperti ada sokongan walaupun bukan dari orang yang aku kenal. Ini menambahkan kekuatan aku untuk terus menghadapi segala apa juga yang bakal berlaku.

22/02/2012 - Bersamaan 29 Rabiulawal 1433H

Hari ini aku mengambil cuti semata-mata untuk ke Pusat Darah Negara. Dengan semangat dan kekuatan yang ada aku tekad. Akhirnya aku berjaya melalui fasa yang sangat mendebarkan ini. Aku menemui seorang doktor wanita. Sebagaimana sedia maklum sudah semestinya aku diajukan tentang soalan-soalan berkenaan perkara yang tidak layak untuk menderma darah. Kemudian darahku diambil sekali lagi untuk diuji bagi memastikan apa yang terkandung dalam darahku. Doktor tu menerangkan dengan jelas segala kemungkinan yang bakal berlaku. Aku dinasihatkan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berisiko dan aku juga dinasihatkan untuk melakukan hubungan intim bersama isteri dengan cara selamat selagi keputusan darah aku belum diketahui. Walaupun aku telah menemui doktor di PDN tetapi hatiku tetap resah. Benda yang setiap individu akan gelisah adalah saat menantikan sesuatu keputusan. Penantian itu satu penyeksaan. Sekembalinya aku dari PDN aku terus ke laman web AKU HIV POSITIF. Kuluahkan apa yang telah aku lakukan pada hari ini.


Assalammualaikum,
Alhamdulillah.... hari nie saya telah selamat menemui doktor di Pusat Darah Negara. Darah saya telah diambil dan akan diuji sekali lagi bagi memastikan keputusan yg tepat. Saya telah diajukan dengan pelbagai persoalan tentang berkenaan perkara yang tidak layak menderma darah antaranya melakukan perhubungan seks. Saya diminta untuk menjelaskan sejujurnya. Alhamdulillah saya dapat melalui fasa ini. Sangat jelas penerangan yang diberikan oleh Doktor Wanita itu. Saya telah mengemukakan kerisauan saya berkenaan empat perkara ini:-
1) Human Immunodeficiency Virus 1 and 2 (HIV 1 / 2)
2) Hepatitis “B” Virus (HBV)
3) Hepatitis “C” Virus (HCV)
4) Syphilis.
Doktor menjelaskan sekiranya saya rasa saya tidak melakukan perkara-perkara yang diajukan saya tidak perlu risau. Kemungkinan saya tidak dijangkiti 99%. Selain dari 4 perkara diatas sebab lain juga darah saya menunjukan tanda tidak sihat adalah kerana kesan-kesan ubat. Saya juga menjelaskan saya baru mengambil ujian HIV dan mendapati saya nonreactive. Doktor tersebut menjelaskan supaya saya tidak perlu bimbang. Ini adalah prosedur biasa. Keputusan ujian saya akan keluar pada minggu depan 29/02/2012. Tarikh yang cukup keramat bagi saya. Kerana tarikh ini hanya 2 tahun sekali akan datang. Tarikh ini juga bakal menentukan saya sihat atau sebaliknya. Saya berdoa supaya keputusan yang keluar adalah negatif. Saya sudah berserah pada takdir. Kalau pun positif inilah ujian yang paling berat yang perlu saya tempuhi. Kawan-kawan sekalian saya mohon doa dari kalian semua juga. Doakan saya beroleh kesihatan dan mampu meneruskan hidup sebagaimana insan lain. Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi diatas ujianNYA.

Ikhlas, INSANTertekan


Aku menerima beberapa maklumbalas yang agak membina. Akan ku tempuh segala dan apa jua yang bakal berlaku.

  1. Insan positifFeb 23, 2012 05:51 AM
    Alhamdulillah , Kalau saudara dah tahu ok dan tak ada masalah , kenapa nak rasa tertekan.

    releks la bro.

  2. Kenapa terlampau kusut sangat berfikir. Baik berjumpa pakar jiwa.
  3. Kadangkala kewarasan mengatasi kebimbangan kan..... kita manusia tak lepas dari sifat dan rasa syak wasangka... tapi alhamdulillah... saya dah tak perlu risau lagi..... banyak kekuatan yg datang.... kalau pun dugaan dtg harus diterima dengan lapang dada. Insyallah.. Terima kasih sahabat atas sokongan kalian semua.

    Ikhlas, INSANTertekan

  4. Alhamdulilah sahabat. Insyallah saya yakin apapun ujian yang datang adalah yang terbaik uat kita, saya berharap saudara sudi berkongsi dengan kami keputusan pada 29 hb 2 ini nanti.. saya dan rakan2 komuniti mendoakan semoga negetif.

  5. Hari nie saya berasa tenang sedikit berbanding seminggu yang lepas. Fikiran saya celaru dan saya jadi pendiam. Sehinggakan kawan-kawan dipejabat menyedari kelainan dalam diri saya. Saya adalah seorang yang tidak pandai menyembunyikan apa-apa dalam diri saya. Isteri saya juga menyatakan perkara yang sama. Saya cuba menyembunyikan perkara ini dari isteri tapi rasa bersalah saya pada isteri tak mampu kerana saya dah berjanji untuk sehidup dan semati dengan beliau. Malam tadi saya cerita apa yg berlaku ke atas saya. Saya fikirkan isteri saya akan terperanjat dan mengamuk tapi telahan saya salah. Isteri saya cukup tenang mendengar perkhabaran saya. Airmata saya mengalir tanpa dapat dibendung. Kerisauan saya ingin mengkhabarkan perkara ini kepada isteri adalah atas alasan risau dia tidak dapat menerima kemungkinan yang bakal berlaku dan ini akan membuatkan satu tamparan hebat buat diri saya. Kekuatan saya skrang terletak pada isteri. Tapi alhamdulillah saya bersyukur kepada tuhan kerana dia menemukan saya jodoh yang terbaik. Isteri saya menasihatkan ke arah yang lebih positif berbanding saya yang selalu memikirkan ke arah yang negatif. Benar kata-kata dia. Kalau saya selalu berfikir ke arah negatif ianya satu doa dan mungkin tuhan boleh makbulkan. Cukup membuatkan saya tersedar. Isteriku yang aku sayangi, terima kasih kerana berada disisi saya saat ini. Kekuatan saya untuk menempuh dugaan pada hari rabu ini semakin membara. Saya tak perlu bimbang lagi untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku. Akan saya tempuh dengan keikhlasan hati saya.

    Ikhlas, INSANTertekan

  6. Adik InsanTertekan ,

    Tahniah kerana mendapat seorang isteri yag redha dan memahami persekitaran anda.

    Tak perlu rasa tertekan lagi , kena ingat satu saja yang saudara masih bernasib baik mendapat isteri yang memahami. Perkara dan khilaf yang berlalu jgn dikenang sebaliknya bina azam dan kekuatan baru biarpun hidup sebagai seorang PLHIV .Ramai lagi manusia seperti anda. Klau anda susah ada lagi orang yang jauh lebih susah.

    Bertenang biarpun Allah mahu kita berubah dgn cara yang paling drastik ini. Kita masih lagi mampu bernafas kerana tidak dicabut iman dan nyawa.

    Fareez Fauzi

  7. syukur alhmddulillh.
    tenang di luar di hati isteri siapalah yang tahu.
    yg penting ialah jujur terhadap diri sendiri, pelajari sesuatu dan perbaiki kelemahan diri. buktikan kita mampu berubah dan lebih baik daripada semalam untuk menebus segala khilaf lampau yang mungkin berlaku

  8. Terima kasih sahabat-sahabat sekalian. Doa kalian juga sungguh bermakna buat saya. Saya berdoa supaya esok keputusan yang saya bakal terima adalah keputusan yang membuatkan saya menangis kerana keputusan itu sama ada negatif atau pun positif telah membuatkan saya dekat dengan pencipta saya. Allah S.W.T Tuhan Yang Maga Agung. Saya juga telah mewujudkan satu blog untuk saya memberikan sokongan juga berkongsi pendapat kepada masyarakat dan juga PLHIV. Boleh search http://ketenanganmenyeluruh.blogspot.com/
    semoga silaturahim yg terjalin akan terus berkekalan.

    Ikhlas, INSANTertekan ----> INSANPrihatin

    bersambung.........