Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Tuesday 20 March 2012

Perubatan - Homoeopathy

Hepatitis A, B, C Penyakit ini boleh dirawat mengikut kaedah homeopathy dengan menggunakan ubat-ubatan yang dibawa khas dari Germany. Mengikut pendapat doktor biasa, penyakit ini tidak ada ubatnya, tetapi mengikut pengajian homeopati penyakit ini ada ubatnya dan ramai yang mengalami masalah ini telah sembuh dengan sempurna melalui rawatan homeopati.

Jika anda seorang penghidap hepatitis , anda tidak perlu risau atau takut kerana penyakit hepatitis jika dikesan diperingkat awal ,boleh disembuhkan melalui ubat-ubat homoeopathy. Memang diakui penyakit hepatitis, adalah satu penyakit seperti time bomb, dimana ia boleh meletup pada bila-bila masa sahaja. Betul, sekiranya anda tidak berikhtiar mengubatinya atau atau anda sendiri tidak sedar bahawa anda adalah 'pembawa virus' penyakit tersebut.

Tanda-tanda awal hepatitis adalah biji mata putih menjadi kuning ,bibir,tapak tangan,air kencing kelihatan kekuning-kuningan, mudah letih dan lesu dan tidak bermaya.

Hepatitis banyak menyerang penduduk dunia ketiga seperti India, Filipina, Pakistan, Kemboja ,Afrika termasuk Malaysia ,Indonesia dan Thailand. Penyakit ini bersifat kronik dan endemik. Ianya boleh menyerang semua peringkat umur. Penyakit ini bersifat kronik dimana 5 hingga 10% mereka yang dijangkiti virus ini adalah pembawa penyakit tanpa disedari atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'carrier'.

Demam kuning dikalangan bayi .

70% bayi yang baru lahir kerap menderita penyakit ini. Ini dikaitkan dengan fungsi hati bayi yang belum berfungsi secara sempurna. Keadaan ini berpunca dari penimbunan bilirubin (pigmen hempedu)yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu.

Hyperbilirubinemia ini boleh disebabkan oleh kelainan atau gangguan pembentukan, pengedaran metabolisma atau perkumuhan bilirubin . Ini ditandai oleh kekuningan pada kulit,selaput mukosa,sklera atau selaput putih mata dan bendalir tubuh seperti air kencing.

Penyakit ini jika dibiarkan berpanjangan ia dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi tersebut.

Jika diperingkat awal begini, ubat homeopati amat berkesan untuk mengatasi masalah ini dengan sempurna.

Orang China amat gemar memberi anak-anak mereka sejenis tumbuhan yang liar disekeliling rumah dikampong-kampong yang dikenali sebagai 'dukong anak' bagi mengatasi masalah anak-anak demam kuning.

Sementara orang-orang Arab suka memberi anak-anak mereka minum susu kambing untuk tujuan yang sama.

Sementara sistem perubatan homeopati menyediakan berbagai jenis khusus untuk mengatasi masalah demam kuning atau hepatitis.

Diantara ubat-ubat homeopati yang sering digunakan oleh doktor-doktor homeopati ialah:

Jaundice kanak-Kanak - Acointe Napellus, Hepar Sulph., Chelidium, Sulphur, Nux Vom., Merc. Sol.

Hepatitis A - Untuk Orang Dewasa - Chilidonium, Crot. Hor., China Off., Nat. Muriticum, Natrum Sulph., Podophyllum, dll

Hepatitis B - Untuk Orang Dewasa: China Off., Chelidonium, Lycopodium., Beb. Vulg., Ars. Alb., Cardus Maraianus, dll

Jika diberi ubat homeopati secara betul mengikut kaedah keserasian, hepatitis yang tidak serious boleh disembuhkan dalam jangka waktu satu hingga 3 bulan selepas menerima rawatan homeopati.
 
sumber :- 
http://www.homeopathymalaysia.org.my/content/hepatitis+a+b+c+boleh+di+rawat-83.aspx

 

3 comments:

  1. Semua penyakit ada ubatnya, Allah turunkan sesuatu penyakit dengan ubatnya sekali. Maknanya kita kena mencari apakah ubat tersebut kan :)

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih najmi... saya terfikir ingin mencari ubat alternatif... hope kalau u sudi jika u tahu ada ubat yang boleh membantu mengubati Hepatitis B maklumkan pada saya yer.... terima kasih

    ReplyDelete
  3. Pesanan :- Maaf, fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research.... keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba. Adalah dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat doktor tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Hope para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati.

    ReplyDelete