Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Thursday 28 June 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KELAPAN


29/06/2012 - Bersamaan 9 Syaaban 1433H

Assalamamualaikum dan salam hormat, bulan syaban telah muncul... tanpa sedar ramadhan semakin menghampiri dan kemudian syawal..... terasa begitu pantas masa yang dilalui...... tanpa sedar sudah pertengahan 2012. 2012 tarikh yang begitu banyak rasa dan pengalaman yang tak terjangkau. Yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Apa pun inilah yang telah tertulis dalam perjalanan kehidupan aku sebagai manusia. Semakin hari aku semakin kuat menghadapi dugaan yang telah tertulis ini. Apa yang sering aku panjangkan dalam doaku adalah biarlah matiku dalam keredhaan Allah dan sentiasa dalam lindunganNYA. Aku berdoa agar insan-insan yang aku sayangi disekelilingku tidak akan menderita dengan dugaan yang diterima ini.

21 / 6 / 2012 dan 26 / 6 / 2012 tarikh temujanji aku bersama doktor pakar. Keputusan yang aku terima bahawa kesihatan aku berada dalam keadaan baik. Hati aku tidak mempunyai apa-apa masalah. Tapi telah sah bahawa aku adalah pembawa Hepatitis B. Setiap 6 bulan sekali aku diminta untuk membuat ujian darah bagi memastikan virus Hepatitis B itu tidak bertambah dan boleh menganggu fungsi hati. Aku redha dengan keputusan ini. Aku bertanya sekiranya ada cara yang boleh aku lakukan untuk kembali negatif Hepatitis B... namun jawapannya korang semua pun boleh agak... bahawa sekiranya virus ini telah berada dalam darah maka aku akan menjadi pembawa seumur hidup. Tiada ubat yang boleh membunuh virus ini hanya antibodi dalam badan sahaja. Tapi doktor tersebut menyatakan bahwa aku tidak perlu risau sebabnya aku boleh hidup normal seperti insan lain dan tak perlu ambil apa-apa ubat cuma kegiatan yang membawa jangkitan perlu dihindari. Aku kena lebih berhati-hati untuk mengalirkan semua bendalir dalam diriku. Amalan gaya hidup sihat boleh menyebab virus ini hanya akan ada dalam badanku tanpa dia menjadi penyebab penyakit hati. Doktor juga tidak menyarankan aku untuk mengambil ubat-ubat alternatif kerana diberitahu bahawa ubat yang tidak dapat dipastikan keberkesanannya boleh mempengaruhi hati dan menyebabkan kanser hati bukan disebabkan oleh virus Hepatitis B. Apa pun peluang hati aku rosak masih ada. Untuk mengelakkan itu berlaku maka setiap 6 bulan aku perlu membuat pemeriksaan darah.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
 
Huraian
i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
 
Apa pun yang bakal terjadi dalam kehidupan aku akan aku tempuh dengan setabah yang mungkin. Kerisauan tentang diriku semakin berkurangan kini aku kembali resah memikirkan isteri yang aku cintai. Dia telah mengambil dan menjalani ujian darah. Bulan Julai nanti akan diketahui apa keputusan darah. Sahabat-sahabat yang aku sanjungi tolong doakan agar isteriku tidak dijangkiti yer walaupun 99 peratus jangkitan boleh berlaku. Rasa bersalah yang teramat sangat. Tapi itulah tulisan takdir. Jika tuhan tidak mengkehendaki maka kami tidak akan dipertemukan jodoh. Apa yang aku telah tanam dalam diri ini aku akan cuba menjadi suami yang sebaik mungkin dan akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteriku. Mungkin inilah yang telah tuhan tentukan. Alhamdulillah. Aku berdoakan akan iman kami berdua diteguhkan untuk terus redha menerima dugaan ini.
 
Ketika di hospital aku merasa semakin kuat..... bila aku lihat bukan aku sahaja yang ditimpa dugaan ini... masih ramai diluar sana yang menerima nasib yang sama.... mungkin inilah dikatakan dugaan buat kami semua. Ketika di Hospital pelbagai reaksi yang terpapar... ada yang mengalirkan air mata... ada yang termenung... ada yang tersenyum.... ada yang seperti tidak pedulikan apa yang dilakukan... apa pun pada masa tu semua yang datang menghadapi masalah Hepatitis B..... yang pasti tidak ada seorang pun yang mahu bersembang,.... berkongsi rasa dan sebagainyer.... mungkin kerana stigma berkenaan penyakit ini membuatkan lidah menjadi kelu. Kalau kita demam atau sakit apa pun bila diklinik kita pasti akan saling tegur dan bertanya tapi bila berada diruangan yang melibatkan penyakit berjangkit ini mungkin semua orang tak sudi berkongsi rasa.... kerana perasaan takut, resah dan gelisah sering menghantui... mungkin apa yang aku rasa sama seperti apa yang meraka rasa..............

Aku cuba mencari kemuniti atau persatuan berkenaan penyakit ini.... namun aku tidak menemui. Mungkin takde persatuan yang wujud? atau mungkin aku yang tidak tahu dimana beradanya persatuan seperti ini..... aku cuba ingin mencari mereka yang senasib agar kami semua dan berkongsi rasa dan daling memberikan semangat seperti blog AHP...... kerana inilah kekuatan untuk kami saling merasa kuat menghadapi kehidupan ini. Sekiranya pembawa dan siapa pun yang mengunjungi blog nie boleh ler mewar-warkan salam ukhwah ini agar kita mampu berkongsi....... 

Sekian dulu coretan aku kali ini... ada kelapangan insyallah kita bertemu lagi...... Aku mendoakan kesejahteraan kepada kalian semua.... hargailah nikmat sihat sebelum datangnyer sakit... Wassalam


5 comments:

  1. saya terharu dan kagum dengan sikap positif yang sahabat tunjukkan.
    saya sangat2 menggalakkan sahabat teruskan perkongsian ini dan insyaAllah golongan senasib akan tampil perlahan2.
    mesti ada seorang leader dan saya nampak sahabat ada ciri2 tersebut.
    jika perlu berkongsi pengalaman dengan sahabat2 saya plhiv yang juga punya hep, saya boleh usahakan.
    ada di kalangan mereka sangat aktif dalam komuniti.

    TABIK!

    p/s- saya ada kongsikan di blog saya bahawa pembawa hep lebih bahaya daripada plhiv (maksud saya cara jangkitan dan disebabkan hiv dan hep umpama kembar), ada yang marah2 kerana katanya saya bersikap diskriminasi. hahaha... macam2 perangai manusia jika mereka bersikap negatif. apa2pun sikap tersebut tak jadi kudis bagi saya, saya abaikan sahaja.

    ReplyDelete
  2. aku HIV Positif... terima kasih atas pandangan dan pendapat. Bagi saya apa pun jenis penyakit yang kita hadapi itu semua ketentuan dan dugaan tuhan. Jika kita berfikiran positif ianya membentuk aura yang positif dalam diri. Untuk apa meratap apa yang telah tertulis sebaiknyer kita fikir apa yang kita boleh buat sementara kesempatan masih ada kan......
    Perkongsian saudara berkenaan HEP B tu betul.... memang Hep B lebih mudah berjangkit berbanding HIV. Apa yang merisaukan adalah apabila tanpa sedar kita menjangkiti orang lain atau pun individu diluar sana tanpa sedar ia dijangkit... HEP B tidak menunjukkan simptom2 pada peringkat awal.... kebanyakan dikenalpasti selepas mendapat kanser hati atau segala masalah berkaitan hati. Sekiranya kita sedar awal.. selalu membuat ujian tahap kesihatan dan darah kita.. rasanyer insyallah kita boleh hidup sihat dan lebih lama daripada mereka yang sihat dan tanpa Hep B. Apa pun ajal maut itu ketentuan tuhan....
    Kalau saudara sudi berkongsi cerita daripada PLHIV yang ada Hep B dialu-alukan.. mungkin satu cara untuk membuka minda orang diluar sana berkenaan perkara ini. Semoga kita sama-sama berusaha memberikan yang terbaik. Insyallah

    ReplyDelete
  3. Sabar..kita pun mengalami nasib yg sama..hbsag reactive (pembawa) dpt sembuh walaupun setahun tahun lamanya..

    ReplyDelete
  4. Slm semua..saya seorang pembawa hep b..trkejut tu ada..dn skrg..sya blm bsedia nk bagitau kt fmly..saya takut sgt..

    ReplyDelete
  5. Slm semua..saya seorang pembawa hep b..trkejut tu ada..dn skrg..sya blm bsedia nk bagitau kt fmly..saya takut sgt..

    ReplyDelete