Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Thursday 22 March 2012

Perubatan :- Jabbar Hidayah

Jabbar Hidayah rawat Hepatitis B

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

MESKIPUN penyakit Hepatitis B sudah lama menjadi masalah di negara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan masih ramai keliru mengenainya.

Mungkin ramai tahu ia adalah penyakit yang menyerang bahagian hati berpunca daripada sejenis kuman dikenali virus Hepatitis B dan tiada rawatan untuk menyembuhkannya.

Namun, tidak ramai tahu ada produk berasaskan 100 peratus herba dinamakan Jabbar Hidayah yang dihasilkan anak tempatan mampu (dengan izin Allah) membantu mengubati penyakit berkenaan.

Ia bukan khabar angin atau retorik semata-mata, kerana produk yang dihasilkan oleh Mohd Kamaruzaman Che Hussain itu terbukti boleh dijadikan sandaran sebagai penawar untuk penyakit berkenaan.

Mohd Kamaruzaman yang juga pengasas Pusat Rawatan Herba Al-Jabbar di No 8, Jalan Datuk Seri Alagendra 1, Kajang Plaza, Kajang, Selangor dan produk berasaskan herba Al-Jabbar berkata, produk dihasilkannya terbukti dapat membantu mengubati penyakit berpunca daripada Hepatitis B seperti bengkak hati, penyakit kuning, hati mengecut, hati berlemak, perut membusung dan bengkak kaki.

Katanya, penggunaan produk berkenaan turut membantu mengurangkan virus dalam badan, kegatalan badan dan membantu mengembalikan semula daya tahan badan yang lemah.

�Seperti diketahui, penyakit Hepatitis B tergolong dalam penyakit kedua paling berbahaya selepas HIV. Penyakit ini juga 100 kali ganda mudah menjangkiti manusia jika dibandingkan dengan HIV, sama ada menerusi air liur, peluh dan hubungan kelamin.

�Dengan adanya herba Jabbar Hidayah, mereka yang disahkan positif Hepatitis B tidak perlu terus buntu memikirkan cara merawatnya dan harapan untuk sihat seperti orang lain semakin cerah,� katanya.

Menurut Mohd Kamaruzaman, pembabitannya dalam perubatan alternatif berasaskan herba itu didorong oleh perasaan ingin membantu, terutama mereka yang puas bergantung kepada kaedah perubatan moden sehingga sampai ke tahap putus asa dengan kaedah berkenaan.

Justeru, selain produk Jabbar Hidayah, Mohd Kamaruzaman menghasilkan lebih 10 produk berasaskan herba hutan dan bunga-bungaan berkualiti tinggi.

Antaranya Jabbar Ayuni 02, Jabbar 101, Jabbar Bayu, Jabbar Maya 99, Jabbar Kasturi Jabbar Raudah, Teh Bidadari dan Kopi Bidadara.

Mohd Kamaruzaman berkata, produk Jabbar Ayuni 02 dikhususkan untuk wanita, manakala Jabbar 101 dikhususkan untuk lelaki.

�Jabbar Ayuni 02 mempunyai khasiat tertentu seperti membantu menegangkan kulit dan payu dara, membentuk punggung dan mengembalikan keharmonian rumah tangga, manakala Jabbar 101 berkesan dalam membantu merangsang tenaga batin lelaki, membantu mencegah masalah mati pucuk dan penyakit gout.

�Dua produk berkenaan masing-masing dihasil menggunakan ramuan Ubi Bidadari Merah (untuk lelaki) dan Ubi Bidadari Putih (untuk wanita),� katanya.

Menurut Mohd Kamaruzaman, selain produk sedia ada, beberapa produk baru keluaran syarikatnya akan dipasarkan dalam masa terdekat ini.

Produk baru itu ialah �Breast Cream�, Produk Mencuci Muka, IQ Produk, Pembersih Feminin dan �Slimming Jus�.

Untuk mendapatkan produk keluaran Al-Jabbar tidak sukar kerana pengedar produk berkenaan ada di seluruh Malaysia, selain Singapura, Brunei dan Indonesia. 
 
sumber :- http://bernama548.blogspot.com/2011/07/jabbar-hidayah-rawat-hepatitis-b.html

4 comments:

  1. Utk maklumat lanjut, better cakap dgn org sales al jabbar.
    Diorg lbh tau psl ubat ni.
    Ni no office diorg - 03-87379476.
    Opis diorg kat Prima Saujana Kajang, bukak dr pkl 9.00 pagi smpi 6.00 ptg Isnin smpi Sabtu.
    Klu org sales boleh entertertain client bila2 klu diorg nak jwb call....

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum

    saya ada persoalan : apa punca badan semakin kurus, adakah ia berpunca dari hati mengecut.

    ReplyDelete
  3. BOLEH SAYA TAU ,BAGAIMANA SAYA DAPATKAN PRODUK AL-JABBAR INI..

    SAYA DUDUK DI BANDAR RAYA JOHOR BAHRU..
    DAN APAKAH NAMA PRODUK UNTUK HEPATITIS B INI..

    ReplyDelete
  4. BOLEH SAYA TAU ,BAGAIMANA SAYA DAPATKAN PRODUK AL-JABBAR INI..

    SAYA DUDUK DI BANDAR RAYA JOHOR BAHRU..
    DAN APAKAH NAMA PRODUK UNTUK HEPATITIS B INI..

    ReplyDelete