Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Friday 31 May 2013

Hidup Dengan Hepatitis B - Apa yang perlu anda tinjau dan lakukan.....

Hidup Dengan Hepatitis B

Jika keputusan ujian Hepatitis B anda positif, anda perlu membuat temu janji dengan doktor. Doktor anda mungkin akan mengarahkan agar ujian darah dan ujian ultrasound hati dijalankan untuk meninjau status Hepatitis B dan kesihatan hati anda :-

a) Anda perlu memastikan bahawa pasangan atau suami/isteri anda diuji dan divaksin untuk mendapat perlindungan daripada jangkitan virus HBV.
b) Jangan minum alkohol, merokok dan makan kerang mentah.
c) Jangan cuba merawat diri; tanya dahulu doktor jika anda bercadang untuk mengambil sebarang ubat atau rawatan alternatif kerana anda mungkin memburukkan lagi masalah perubatan anda.
d) Jangan lupa untuk membuat pertemuan susulan dengan doktor secara berkala, mengikut jadual.

1 comment:

  1. Susah nk jmpa blog melayu cite psl Hep B. Blog saudara bg sy lbh semangat tuk brjuang terua hidup. Cuma dh lma x nmpk entri baru..mgkn sibuk dgn rutin. Jd apa kabar saudara skrg? Bgmne checkup tekini saudara. Menunggu update saudara.. MOHAMAD p.g.

    ReplyDelete