Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Friday 2 March 2012

Pengenalan HIV+


           
          Virus HIV adalah dari kumpulan ‘retrovirus' yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakitnya. Ia mula dikenal pasti pada tahun1984 selepas meletusnya wabak AIDS. Virus ini mempunyai masa pengeraman yang panjang sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum menunjukkan tanda dan gejala penyakit. Virus HIV yang menyebabkan AIDS menular melalui hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti, perkongsian jarum suntikan dikalangan penagih dadah dan dari ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandungnya. Virus ini melalui pelbagai peringkat dalam proses menularkan jangkitan HIV. Sehingga kini, asal usul HIV masih kabur.Ketiadaan vaksin penawar serta rawatan yang dapat mengubati penyakit ini menyebabkan AIDS suatu penyakit yang sangat bahaya dan perlu dihindari. Setiap individu wajar mengambil langkah pencegahan.

Tanda - tanda dan gejala

Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
  • Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya
  • Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan
  • Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan
  • Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
  • Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit
  • Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
  • Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

    sumber :- http://www.prostar.gov.my/Fakta_HIV_BM.htm

No comments:

Post a Comment