Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Friday 20 April 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KETUJUH


20/04/2012 - Bersamaan 28 Jamadil Awal 1433H

Assalamamualaikum dan salam hormat, berkongsi kembali luahan perasaan yang aku pendamkan. Riak wajah dan tutur kata mampu untuk aku cuba sembunyikan keresahan hati namun jasad dan tubuh ini tidak mampu menyembunyikan. Berat badan ku mula turun daripada 70kg kepada 66kg dalam masa 2 bulan. 4kg hilang tanpa melakukan senaman atau mengurangkan pengambilan makanan. Perubahan berat badan yang aku alami ini mula disedari rakan-rakan sepejabat. Kehairanan mereka mula tergambar disebabkan aku baru melangsungkan perkahwinan. Sepatutnya berat badan bertambah namun keadaan aku berbeza. Mereka hairan dan ada yang mengusik adakah aku tak bahagia kahwin? Aku jawab santai... saje nak jaga badan....nak pakai banyak tenaga...... dan mungkin perubahan hormon kot. Hakikatnya aku juga tak pasti kenapa berat badan ku mula berkurangan. Pelbagai perkara bermain dalam mindaku. Adakah aku risau dan resah menyebabkan berat badanku susut? Atau adakah penyakit yang mula menghidapi badan ku mula aktif dan menunjukan kesan. Ya Allah tak terjangkau akal ku. Jika ini suratan yang tertulis telah aku kuat menghadapinya. Aku melihat tanda-tanda lain jangkitan namun tiada cuma berat badan saya yang mula berkurangan.

Kerisauan aku bertambah bila aku mendapat berita ibuku sakit. Risau sangat sebab itulah insan yang paling aku sayang. Aku balik ke kampung melihat keadaan ibu. Diceritakan yang dia merasa lemah2 badan sepulangnya dari menziarahi saudaraku yang meninggal dunia. Abang aku bawa ibu ke hospital namun keadaan kesihatan ibu ok dan tidak dijangkiti apa-apa penyakit. Doktor minta rehat mungkin kerana kepenatan. Namun apabila matahari mula naik ibuku akan merasa lemah2 badan dan pening. Abangku cuba usaha cara tradisional. Dimaklumkan yang ibuku terkena badi mayat. Sekarang dalam proses berubat. Keadaannya makin membaik. Aku bercadang bercuti selama seminggu menjaga ibu.

Hati ku bertambah risau bila isteriku mula bersuara tentang anak, honeymoon..... aku jadi buntu. Perasaan seorang wanita kan. Apabila baru berkahwin sudah tentu kenalan dan kawan rapat akan bertanya soalan itu. Aku menjadi semakin celaru. Aku cuba perjelaskan kepada isteri. Namun hati wanita tak siapa yang tahu. Aku berdoa agar isteriku sabar menanti. Semoga dugaan yang tuhan berikan ini ada hikmah yang bakal menjelma. Aku pasrah.

Sahabat-sahabatku doakan supaya aku diberikan ketetapan hati agar terus kuat menghadapi dugaan ini. Demikian dulu luahan ringkas aku kali ini. Semoga bertemu lagi.

2 comments:

  1. Saya doakan moga dipermudahkan hidup awak Waqar, apa aje masaallah berkaitan dengan kesihatan diri, kesihatan mak dan rungutan isteri serta usikan kawan2 dapt diatasi dengan baik.... insyaallah

    ReplyDelete
  2. Insyallah..... terima kasih najmi atas sokongan awak. terus terang saya sebenarnya takde tempat untuk luahkan perasaan saya. Isteri sukar memahami apa yang saya alami. Bukan salah dia tapi mungkin saya tidak tahu meluahkan apa yang saya rasakan. hanya disini saya dapat luahkan tapi mungkin takde siapa yang peduli.

    ReplyDelete