Coretan lintasan perjalanan seorang hamba Allah S.W.T. Detik dan saat dibangunkan daripada mimpi indah dunia agar kembali dekat mengingatiNYA. Subahanallah. Semoga perkongsian perjalanan ini mampu dan dapat memberikan semangat, ketenangan, kekuatan, kesabaran dalam kita menempuhi ujian tuhan walau sebarat mana sekalipun. Ujian itu tanda Tuhan mengingati kita dan sayang pada hambaNYA. Insyallah.
17/02/2012 - Bersamaan 24 Rabiulawal 1433H
Hari ke-2 aku kembali bertugas setelah hampir sebulan menyempurnakan majlis perkahwinan. Segala penat lelah selama ini bagi menguruskan majlis telah hilang. Kini, fikiran ku kembali kepada alam pekerjaan dan juga kelas PJJ. Keseronokan selama sebulan kini hilang begitu sahaja. Pagi itu seperti rutin biasa aku bangkit dan masuk ke pejabat. Gurauan rakan pejabat tentang perkahwinanku masih segar dalam setiap tutur kata mereka. Terasa indah seketika dunia ini.
Hari ini hari jumaat, kebiasaan aku tidak pulang ke rumah tetapi disebabkan ingin menyelesaikan beberapa perkara dirumah, aku telah pulang. Tergerak hati aku ingin melihat peti surat. Saat peti surat terbuka, terlihat satu surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA daripada Pusat Darah Negara, dalam kotak fikiran mungkin surat terima kasih. Lantas aku buka surat tersebut. Degupan jantung aku terasa laju, aku mula rasa tidak sedap hati bila tajuk surat tentera menulis Temujanji Bersama Dengan Pakar Perubatan Pusat Darah Negara. Aku diminta untuk datang SEGERA bagi menemui doktor di PDN. Aku naik ke rumah dan search di internet. Apa yang aku temui adalah satu laman web bertajuk EXCLUSIVE: PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)dari sesawang AKUHIVPOSITIF.BLOGSPOT.COM - terus darahku bederau dan gelisah. Aku susuli setiap page dalam laman web itu dan kisah exclusive ini pertama ku baca. Tersentap seketika. Buat pertama kalinyer aku telah mengenali satu laman web yang sebelum ini tidak terlintas dalam fikiran ku. Laman web berkaitan HIV. Hatiku mula gelisah satu tulisan ringkas ku tinggalkan diruangan comment post tersebut:
"Saya juga baru menderma darah..... dah dapat surat kena jumpa or
temujanji dengan doktor kat Pusat Darah Negara.... sangat merisaukan
saya.... sedangkan saya tidak melakukan apa2 aktiviti seks bebas dan
sebagainyer.... juga tidak mengambil dadah... focus harian saya telah
hilang... sangat merisaukan saya..... saya baru sahaja melangsungkan
perkahwinan dan telah menyentuh isteri.... ia amat membimbangkan saya
sangat sekiranya situasi saya sama seperti AkuMENYESAL... Ya Allah
Ampunkan Dosaku. Minggu depan saya akan berjumpa Doktor pada hari
Rabu.... Bantu lah saya..... terasa buntu."
Ikhlas, INSANTertekan
Fikiranku mula memikirkan perkara-perkara yang negatif. Mencari apakah adalah masalah pada darah yang ku dermakan. Aku juga sempat seketika untuk masuk ke laman web Pusat Darah Negara. Aku lungsuri laman web tersebut dan mencari kepastian. Kerisauan ku bertambah bila hanya yang kutemui bebrapa perkara berkenaan HIV dan penyakit kelamin. Ianya menambahkan keresahan dalam kotak fikiranku. Aku pergi menunaikan solat jumaat. Solatku tidak khusyuk. Fikiranku sentiasa memikirkan kenapa aku terima surat dari Pusat Darah Negara? Tak tercapai akalku. Aku cuba menidakkan pelbagai perkara. Aku sibukkan diri dengan melaksanakan tugas2 harianku. Fikiranku juga fokus ke arah assigment yang perlu aku selesaikan dan submit pada hujung minggu. Gelisah menghantui diriku.
Selesai waktu pejabat aku kembali ke rumah. Ku buka kembali laman web AKU HIV POSITIF. Aku kembali melihat diruangan komen yang ku tinggalkan. Tiada jawapan. Hatiku mula resah. Malam tu aku betul-betul berdoa kepada tuhan supaya aku dihindarkan daripada segala musibah. Wajah isteri yang baruku nikahi tergambar. Rasa gelisah dan risau. Perlukah aku memberitahu beliau akan perkara yang berlaku. Esok isteriku akan datang ke rumahku. Isteriku belum dapat ditukarkan. Memandangkan aku belajar dihujung minggu jadi isteriku datang dari Johor ke Kuala Lumpur. Kegelisahan aku bertambah.
19/02/2012 - Bersamaan 26 Rabiulawal 1433H
Aku berjaya menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan isteriku. Isnin aku diarahkan untuk melakukan kerja luar kawasan.
20/02/2012 - Bersamaan 27 Rabiulawal 1433H
Hati ku tidak tenang sepanjang berada disana tapi aku menyembunyikan kegelisahan ku. Aku tekad untuk pergi ke Pusat Darah Negara pada hari rabu 22 Feb 2012.
21/02/2012 - Bersamaan 28 Rabiulawal 1433H
Sekembalinyer aku daripada bertugas sekali lagi aku menyusuli laman sesawang AKU HIV POSITIF dan ada respond pada komen yang kutinggalkan. Terasa seperti semangat datang kembali.

Bila ada jawapan terasa seperti ada sokongan walaupun bukan dari orang yang aku kenal. Ini menambahkan kekuatan aku untuk terus menghadapi segala apa juga yang bakal berlaku.
22/02/2012 - Bersamaan 29 Rabiulawal 1433H
Hari ini aku mengambil cuti semata-mata untuk ke Pusat Darah Negara. Dengan semangat dan kekuatan yang ada aku tekad. Akhirnya aku berjaya melalui fasa yang sangat mendebarkan ini. Aku menemui seorang doktor wanita. Sebagaimana sedia maklum sudah semestinya aku diajukan tentang soalan-soalan berkenaan perkara yang tidak layak untuk menderma darah. Kemudian darahku diambil sekali lagi untuk diuji bagi memastikan apa yang terkandung dalam darahku. Doktor tu menerangkan dengan jelas segala kemungkinan yang bakal berlaku. Aku dinasihatkan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berisiko dan aku juga dinasihatkan untuk melakukan hubungan intim bersama isteri dengan cara selamat selagi keputusan darah aku belum diketahui. Walaupun aku telah menemui doktor di PDN tetapi hatiku tetap resah. Benda yang setiap individu akan gelisah adalah saat menantikan sesuatu keputusan. Penantian itu satu penyeksaan. Sekembalinya aku dari PDN aku terus ke laman web AKU HIV POSITIF. Kuluahkan apa yang telah aku lakukan pada hari ini.
Aku menerima beberapa maklumbalas yang agak membina. Akan ku tempuh segala dan apa jua yang bakal berlaku.

AnonymousFeb 21, 2012 11:48 PM
Assalammualaikum,
Alhamdulillah.... hari nie saya telah selamat menemui doktor di Pusat Darah Negara. Darah saya telah diambil dan akan diuji sekali lagi bagi memastikan keputusan yg tepat. Saya telah diajukan dengan pelbagai persoalan tentang berkenaan perkara yang tidak layak menderma darah antaranya melakukan perhubungan seks. Saya diminta untuk menjelaskan sejujurnya. Alhamdulillah saya dapat melalui fasa ini. Sangat jelas penerangan yang diberikan oleh Doktor Wanita itu. Saya telah mengemukakan kerisauan saya berkenaan empat perkara ini:-
1) Human Immunodeficiency Virus 1 and 2 (HIV 1 / 2)
2) Hepatitis “B” Virus (HBV)
3) Hepatitis “C” Virus (HCV)
4) Syphilis.
Doktor menjelaskan sekiranya saya rasa saya tidak melakukan perkara-perkara yang diajukan saya tidak perlu risau. Kemungkinan saya tidak dijangkiti 99%. Selain dari 4 perkara diatas sebab lain juga darah saya menunjukan tanda tidak sihat adalah kerana kesan-kesan ubat. Saya juga menjelaskan saya baru mengambil ujian HIV dan mendapati saya nonreactive. Doktor tersebut menjelaskan supaya saya tidak perlu bimbang. Ini adalah prosedur biasa. Keputusan ujian saya akan keluar pada minggu depan 29/02/2012. Tarikh yang cukup keramat bagi saya. Kerana tarikh ini hanya 2 tahun sekali akan datang. Tarikh ini juga bakal menentukan saya sihat atau sebaliknya. Saya berdoa supaya keputusan yang keluar adalah negatif. Saya sudah berserah pada takdir. Kalau pun positif inilah ujian yang paling berat yang perlu saya tempuhi. Kawan-kawan sekalian saya mohon doa dari kalian semua juga. Doakan saya beroleh kesihatan dan mampu meneruskan hidup sebagaimana insan lain. Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi diatas ujianNYA.

apa2pun syukurlah saudara bebas hiv.
ReplyDeletedapatkanlah rawatan selanjutnya.
tiap penyakit ada ubatnya. usahlah gentar dgn ujian Allah kerana dia yang maha pengatur dan maha mengetahui atas tiap sesuatu.
Alhamdulillah. Tapi kebimbangan saya tetap ada. Apa pun sokongan anda dan kawan-kawan PLHIV sangat membantu memberikan saya kekuatan. Saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. Mungkin darah saya akan diambil kembali untuk memastikan hasil yang tepat. Semoga ujian darah seterusnya akan memberikan hasil yang baik. Kekuatan saya sekarang adalah isteri saya. Apa pun saya akan sokong dan mungkin akan ikut serta dalam komuniti PLHIV. Terima kasih saudara.
DeleteBaru terbaca blog ini, masih cuba nak faham situasi yang awk tempuhi sekarang, Sekali baca tulisan awak yang terakhir ni bahawa awak bebas dari hiv kan, cuma masih ada kebimbangan lagi.... usah risau sangat insyaallah semuanya ok aje nanti... sentiasa bersyukur pada Allah, Ia nak bagi awak tersedar dari lamunan lah tu... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah Naj Mi.... sekarang nie saya lebih tenang. Dapat berfikir secara lebih waras. walau apa pun sakit yang tuhan anugerahkan pada saya akan saya terima dengan hati yang terbuka. Tuhan masih sayangkan saya dan mungkin dugaan nie dapat membersihkan jiwa dan hati saya dari segala dosa yang pernah saya lakukan. Ini juga anugerah tuhan agar saya dekat dengan DIA. Alhamdulillah, saya rasa syukur sangat. Blog HIV Positif banyak menyedarkan saya sesuatu. Pandangan saudara dan kawan2 PLHIV juga telah membangkitkan semangat dan membolehkan saya berfikir secara lebih tenang dan yakin. Walaupun saya PLHIV atau pun bukan sebenarnya tanggungjawab saya besar sesama manusia. Dengan dugaan ini saya banyak sedar tentang hubungan saya dengan tuhan, hubungan saya dengan sesama manusia dan semua benda ciptaan tuhan. Insyallah saya akan terus bersama-sama rakan-rakan semua ke arah yang lebih baik.
ReplyDelete