Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Wednesday 13 March 2013

Catatan Ringkas - Pengorbanan Pejuang Di Lahad Datu.






Sedih dan sayu bila kebelakangan ini apabila membaca media cetak mahupun menonton media elektronik bingkisan cerita tentang perjuangan pasukan keselamatan negara di Lahad Datu dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan. Menusuk kalbu dan tersentuh bila seorang demi seorang pejuang gugur dimedan perang. Disaat kita disini lena tidur mereka disana berjuang demi keamanan Malaysia. Ya Allah pelihara mereka disana. Tidak sanggup rasanya nyawa dijadikan taruhan seandainya inilah kesan kepada apa yang dinamakan 'perjuangan politik'. Bak kata pepatah 'menang sorak kampung tergadai'. Jadi sahabat-sahabatku sedar ler bahwa kita diatas muka bumi ini hanya sementara sahaja. Berbuat baiklah sementara kesempatan itu masih ada. Hargailah keamanan yang kita kecapi ini. Peliharalah kedaulatan negara ini. Bagi kawan-kawan pengunjung blog ini walaupun mungkin kita tertekan dengan dugaan Allah diatas penyakit yang kita hadapi tapi ingatlah dugaan mereka diluar sana lagi hebat daripada apa yang kita alami. Renungkanlah semoga apa yang berlaku di Lahad Datu menjadi pengajaran buat kita semua. Aku mendoakan semoga Allah memberikan jalan petunjuk dan penyelesaian yang terbaik kepada krisis di Lahad Datu. Membuka mata kita sesama Islam agar kita tidak mengunakan kekerasan dalam menyelesaikan pelbagai konflik dan tidak bersengketa sesama Islam. Carilah jalan keluar yang terbaik. Selamat berjuang 'abg polis' dan 'abg askar' Doa kami sentiasa mengiringi anda. Dikaulah wira negara. Kepada wira yang gugur Al-Fatihah aku sedekahkan semoga roh kalian ditempatkan dikalangan orang yang mati shahid.


2 comments:

  1. Terus terang saya juga senak perut sedih bila membaca kisah perajurit2 kita yang mempertahankan negara gugur dimedan perang, lebih sedih bila membaca mayat anggotaa keselamatan kita dihina dirosakkan oleh penganas...apa yang mampu kita buat hanya lah berdoakan keselamatan mereka, Al Fatihah buat yang gugur....

    KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA

    Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

    Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

    Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

    Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

    Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

    Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

    Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

    Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

    Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

    Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .

    ReplyDelete
  2. AL-Fatihah. DOa kan yang terbaik

    ReplyDelete