Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Wednesday 27 February 2013

2013 - Antara Nafsu, Dugaan dan Kesedaran




Salam. Tanpa sedar kita sudah menjangkau ke tahun 2013. Sudah masuk ke bulan Mac. Hari ini 28 Februari 2012. Bagi mereka yang lahir pada 29 Februari maka sambutan ulangtahun mungkin tak dapat diraikan kalau berpandukan kalendar kuda, jika berpandukan kalendar islam mesti boleh diraikan juga, Syukurlah masih diberikan kesempatan menghirup udara yang segar anugerah tuhan.

Entry kali ini just ingin berkongsi beberapa kecelaruan minda. Hari-hari yang dilalui semakin terasa bermakna. Lama dah tak mengunjungi website Najmi, AHP, Alia Haryanie, mungkin kerana itulah sifat kita manusia. Bila didalam kesusahan kita sering mengharapkan belas simpati dan sokongan tapi bila kita sudah boleh menerima sesuatu terasa lupa segalanya. Aku akui kelemahan diri ini. Aku mohan maaf kepada sabahat-sabahatku sekalian. Apa pun diwaktu aku sukar tempoh hari kalian adalah antara mereka yang memberikan aku semangat dan kekuatan.

Tercatat dalam kamus baru kehidupan aku bahawa setiap 6 bulan aku akan pergi menjalani ujian darah bagi memastikan kesihatan aku berada di dalam keadaan baik. Kini telah sah aku Positif Hepatitis B. Virus yang bakal merosakan hati jika tidak dirawat awal. Alhamdulillah kerana tuhan masih sayangkan aku. Membuka minda dan kesedaran untuk aku mengakui segala kesilapan dan keterlanjuran yang aku lalui selama ini. 

Alhamdulillah, isteri aku telah selesai menjalani suntikan vaksin Hepatitis B. Bulan depan aku akan bawa isteri aku untuk sekali lagi menjalani pemeriksaan Hepatitis B agar dapat memastikan dia bebas dari jangkitan. Doakan kebahagian kami."Orang yang paling kita sayanaglah yang paling susah kita nak jaga".

Sebagai manusia biasa aku tetap lemah dalam mengharungi hidup aku sebagai hambaNYA. Iman aku terlalu rapuh. Aku rasa kekesalan yang aku dapat rasakan masih belum membantu aku sepenuhnya mengenali siapa diri ini dan mendekatkan aku kepada penciptaku. Mungkin kah HATI ini telah hitam? Ya Allah, bukakan ler pintu hatiku ini Ya Allah untuk terus berada dalam lindunganmu. Aku masih terkapar-kapar mencari sinar dalam hidupku. Terlalu banyak keaiban dalam diriku yang tuhan telah sembunyikan. Betapa agungnya tuhan penciptaku. Dia maha mengetahui segalanya. Terlalu sukar mengawal nafsu dalam diri ini. Nafsu itu sentiasa datang mengoda dan selalu menang. Bila sesuatu itu berlaku kita sering berkata inilah dugaan tuhan untuk kita. Menerima takdir yang tuhan telah tentukan tapi kita lupa menginsafi diri atas apa yang berlaku, mengapa berlaku? kenapa berlaku? bagaimana berlaku? tanpa sedar semuanya datang dari kegagalan kita dalam mengawal nafsu. Kita sering menggunakan hati untuk membuat keputusan tapi bukan akal dan fikiran.

Aku masih terkapar-kapar kelemasan, sampai bila aku harus begini, seperti lalang ditiup angin sentiasa beralih arah. Jika lalang tercipta itu kerana dia dicipta sedemikian tapi kita makhluk paling sempurna diberikan akan fikiran masih terus tidak mampu mengawal diri. Ketakutan sentiasa menghantui diriku. Terlalu sukar untuk aku mengakui kesilapan diri. Terlalu sukar rasanya untuk aku jadi seorang yang tetap pendirian ini. 

Bila sendirian kesedaran itu datang, bila aku dalam kebahagian segalanya mudah untuk aku lupakan. Mengapa? Kenapa? aku masih mencari jawapan itu...............

No comments:

Post a Comment