Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Tuesday 5 June 2012

Mencari Ketenangan

Salam, mungkin lama saya tidak menulis. Kesibukan kerja harian ditambah sudah mula hidup berkeluarga membuatkan aku sibuk seketika sehingga kadangkala terlupa yang diri dijangkiti virus. Dalam masa sama mendiamkan diri mencari cara terbaik untuk aku terus melalui kehidupan ini. Memikirkan bagaimanakah aku harus menjaga diri dan keluarga.

Sukarkan bila tahu dalam darah ini mengalir virus yang berbahaya dan berjangkit. Terasa ingin hidup sendiri dan jauh dari manusia agar penyakit ini tidak berjangkit. Ada masa tabah ada masa goyah juga. Senyuman tawa dan gurauan kadangkala tak dapat melupakan apa yang terlintas difikiran. Bagaimanakah aku bakal mati? Perut jadi busong? mata dan anggota badan kekuningan? Ya Allah, Aku terlalu hina dimatamu Ya Allah. Ampunkan dosaku Ya Allah

8 comments:

  1. usahlah resah gelisah dgn ujian dan kasih sayang Allah.
    teruskan sahaja rawatan, doa dan usaha serta tawakal.
    moga sahabat sekeluarga bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. salam kenal saudara waqar.
    semoga diberi kekuatan agar lebih bersemangat menjalani hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah shahirah... semoga kita semua dilimpahi rahmatnyer

      Delete
  3. usah fikir yang bukan2... pandang ke depan. Syukur awak dah pun berkeluarga... mudaha2an segalanya dipermudahkan. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semudah itu... apa pun saya akan berlapang dada.. ada ketika iman ini goyah sering menyalahkan takdir kenapa saya dipertemukan jodoh... saya bakal membawa insan lain ke dunia penuh rintangan ini.... tapi ketika waras.. saya bersyukur sangat kerana mungkin ada rahmat yang tersembunyi.....

      Delete
  4. Terdapat banyak rawatan utk hepatitis b..

    ReplyDelete
  5. AKHIR HEPATITIS TELAH AKHIRNYA DATANG: Sister saya yang disahkan menghidap hepatitis dua tahun lalu mendapat sembuh dan disahkan negatif bulan lalu selepas mengambil rawatan herba doktor Iyabiye untuk 3 minggu. Menghubunginya untuk mendapatkan bantuan jika anda seorang pesakit hepatitis melalui iyabiyehealinghome@gmail.com atau Tel: +2348072229413

    ReplyDelete