sumber :- http://htaiping.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/files/files_4d89ad6d32bb9.pdf
Peringatan!!!!
Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.
Wednesday, 21 March 2012
Renungan - Rebut 5 Perkara Sebelum Datang Lima Perkara
1) MASA SIHAT SEBELUM SAKIT,
2) KAYA SEBELUM MISKIN,
3) LAPANG SEBELUM SIBUK,
4) MUDA SEBELUM TUA, dan...
5) HIDUP SEBELUM MATI.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima
perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum
sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.”
(Hadis riwayat
al-Hakim dan al-Baihaqi)
Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,
Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.
Berzikirlah sewaktu
masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu
pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah
selesai bekerja.
Carilah keperluan dunia
dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum
datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.
Beramallah di sini
(semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian
nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.
sumber :- http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/06/28/rebut-5-sebelum-5/
Renungan - Hati Kita Yang Mana Satu
Antara Kaffarah & Lidah Manusia |
Bila mana tertimpa musibah atas seorang insan, maka mata-mata yang memandangnya dengan hati yang gelap berkata;
"Itu kerana dia dan dosanya.."
Sedangkan bagi mata-mata yang hatinya yang disinari taqwa memandang dengan cemburu seraya berkata;
"Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..
Alangkah beruntungnya dia, itu kaffarah buatnya.."
Hati kita yang mana satu..?

sumber :- http://www.facebook.com/qhazanah.original
Tuesday, 20 March 2012
Perubatan - Qhazanah
Qhazanah Untuk Kesihatan – Sepanjang usia kita,
badan kita menerima dan menyimpan pelbagai jenis unsur mudharat serta
berbahaya yang datang daripada sumber makanan harian, alatan mandian,
kosmetik, pencemaran udara dan lain-lain yang mula menghimpun di dalam
darah, saraf , organ kita.
Hari demi hari, tubuh kita makin keletihan dan kepenatan dibebani
oleh unsur-unsur berbahaya ini. Ditambah lagi pula dengan gaya hidup
kita yang tidak sihat serta tiada inisiatif untuk mengamal pemakanan
sihat.
Tiba masa, tanpa disedari sistem daya melawan penyakit kita berada di
tahap rendah dan risiko penyakit mula hinggap di dalam badan. Dan
dengan masa yang sesuai, penyakit ini mengatasi daya lawan penyakit
(imunisasi) kita dan menyerang denga rakusnya.
Dan kita mula jatuh sakit. Ramai yang menyedari masalah kesihatan
mereka hanya apabila berada di tahap genting atau kritikal. Ianya tidak
dapat dikesan di awal waktu, kerana ia secara senyap mula merobohkan
sistem pertahanan dan bertapak pada masa yang amat panjang.
Di sinilah kita mula mengeluarkan kos yang tinggi, masa yang banyak
dan kudrat yang semakin haus dalam mencari ikhtiar untuk mengatasi
masalah kesihatan kita.
Cegah Lebih Baik Daripada Mengubati - Bukankah
sediakan payung sebelum hujan adalah lebih bermanfaat untuk kita..?
Adalah suatu tuntutan Islam agar kita mencegah sebelum ianya menjadi
parah. Khasiat dan kaifiat Qhazanah yang kaya dengan zat mineral serta
vitamin terbukti amat membantu membina sistem pertahanan tubuh yang
tinggi dan membantu mengatasi masalah kesihatan serta mengembalikan
kesihatan muslimin dan muslimah pada tahap terbaik.
Intipati Qhazanah
- Madu Asli -
Lebah adalah satu lagi bukti dalam Al
Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada
perintah Allah. Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah
memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.
Madu dijelaskan didalam Al Quran sebagai
penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar
atau penyembuh dalam sabda baginda:
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)
Keunikan Madu Menjadi Pilihan Terbaik
Madu antara adalah makanan yang paling
popular di kalangan pakar kesihatan kerana keunikannya memberi yang
terbaik untuk kesihatan manusia.
Madu PENAWAR Barah (Cancer)
Sel-sel kanser berupaya dibunuh melalui fungsi asid retionik yang bertukar dari beta-carotene setelah melalui proses di dalam tubuh sebagai ANTIOKSIDA (antioxidant).
Tinggi sifat ANTIOKSIDA
Madu umpama bahan pembersih untuk tubuh
manusia atas sifatnya yang tinggi antioksida. Ini bermaksud ia
memerangkap radikal bebas di dalam tubuh yang boleh mencetus sel rosak
di dalam badan yang boleh membiak sebagai sel kanser.
Antiseptik dan Antibiotik
Madu berupaya menghentikan aktiviti
bakteria yang menyerang luka serta menghalang jangkitan daripada terus
merebak menurut kajian universiti Wales.
Pun begitu, ujian saintifik ke atas Madu
wujud di kemudian hari yakni pada masakini. Sebagai umat Islam kita
perlu mendahului berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah samada wujud
fakta sains mahupun tidak. Sepertimana penulis jelaskan di atas,
perintah Allah kepada Lebah di dalam Al Quran dan menjadi Sunnah baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai contoh ikutan kita umat
baginda.
Adalah sesuatu yang membelakangi tuntuan
Islam apabila kita mendahulukan hujah dan fakta sains melebihi hujah Al
Quran dan As Sunnah. Malah ada juga di kalangan kita yangmana apabila
dinasihati oleh pakar kesihatan untuk meninggalkan makanan sunnah bagi
mereka yang menghidapi masalah gula di dalam badan, hanya kerana madu
bersifat manis sedangkan Al Quran dan As Sunnah menyatakan sebaliknya.
Pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam buat kita umat baginda
dalam sabdanya;
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENYEMBUH yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)
Kandungan Madu dalam Qhazanah menghasilkan
yang terbaik untuk kesihatan kita. Apatah pula yang ianya digabungkan
dengan makanan sunnah lain yang mujarab..!
Klik Pada Intipati Makanan Sunnah Qhazanah Yang Ingin Anda Selidiki Di Bawah Ini ;-
Antara kes yg mendapat pengakuan daripada pengguna sebelum ini:-
Angin Ahmar – Angin Pasang – Asma /Lelah – Batu Karang – Batuk –
Buang Air Besar Tidak Lawas – Buasir – Darah Haid Tak Teratur /
Terganggu – Degil – Demam Panas / Denggi - Demam Kuning – Darah Rendah
– Darah Tinggi – Gangguan Makhluk Halus – Hepatitis A – Hepatitis B –
Jantung Kuat Berdenyut – Jerawat – Jeragat – Kegemukan ( Obesiti ) –
Keras Hati – Ketagih Dadah – Ketagih Rokok – Kencing Berdarah – Kencing
Tidak Tos – Kencing Manis – Kurang Cergas -Kurap – Lemah Jantung – Lemah
Syahwat – Minda Tak Cerdas – Panas Baran – Panau – Pelupa – Psoriasis –
Resdung – *Dan pelbagai lagi* – InsyaAllah..
sumber :- http://qhazanah.wordpress.com/category/salam-pengenalan/
Perubatan - Homoeopathy
Hepatitis
A, B, C Penyakit ini boleh
dirawat mengikut kaedah homeopathy dengan menggunakan ubat-ubatan yang
dibawa
khas dari Germany. Mengikut pendapat doktor
biasa, penyakit ini tidak ada ubatnya, tetapi mengikut pengajian
homeopati penyakit
ini ada ubatnya dan ramai yang mengalami
masalah ini telah sembuh dengan sempurna melalui rawatan homeopati.
Jika anda seorang penghidap hepatitis , anda tidak perlu
risau atau takut kerana penyakit hepatitis jika dikesan diperingkat
awal ,boleh disembuhkan melalui ubat-ubat homoeopathy. Memang diakui
penyakit hepatitis, adalah satu penyakit seperti time bomb, dimana ia
boleh meletup pada bila-bila masa sahaja. Betul, sekiranya anda tidak
berikhtiar mengubatinya atau atau anda sendiri tidak sedar bahawa anda
adalah 'pembawa virus' penyakit tersebut.
Tanda-tanda awal hepatitis adalah biji mata putih menjadi kuning ,bibir,tapak tangan,air kencing kelihatan kekuning-kuningan, mudah letih dan lesu dan tidak bermaya.
Hepatitis banyak menyerang penduduk dunia ketiga seperti India, Filipina, Pakistan, Kemboja ,Afrika termasuk Malaysia ,Indonesia dan Thailand. Penyakit ini bersifat kronik dan endemik. Ianya boleh menyerang semua peringkat umur. Penyakit ini bersifat kronik dimana 5 hingga 10% mereka yang dijangkiti virus ini adalah pembawa penyakit tanpa disedari atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'carrier'.

Demam kuning dikalangan bayi .
70% bayi yang baru lahir kerap menderita penyakit ini. Ini dikaitkan dengan fungsi hati bayi yang belum berfungsi secara sempurna. Keadaan ini berpunca dari penimbunan bilirubin (pigmen hempedu)yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu.
Hyperbilirubinemia ini boleh disebabkan oleh kelainan atau gangguan pembentukan, pengedaran metabolisma atau perkumuhan bilirubin . Ini ditandai oleh kekuningan pada kulit,selaput mukosa,sklera atau selaput putih mata dan bendalir tubuh seperti air kencing.
Penyakit ini jika dibiarkan berpanjangan ia dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi tersebut.
Jika diperingkat awal begini, ubat homeopati amat berkesan untuk mengatasi masalah ini dengan sempurna.
Orang China amat gemar memberi anak-anak mereka sejenis tumbuhan yang liar disekeliling rumah dikampong-kampong yang dikenali sebagai 'dukong anak' bagi mengatasi masalah anak-anak demam kuning.
Sementara orang-orang Arab suka memberi anak-anak mereka minum susu kambing untuk tujuan yang sama.
Sementara sistem perubatan homeopati menyediakan berbagai jenis khusus untuk mengatasi masalah demam kuning atau hepatitis.
Diantara ubat-ubat homeopati yang sering digunakan oleh doktor-doktor homeopati ialah:
Jaundice kanak-Kanak - Acointe Napellus, Hepar Sulph., Chelidium, Sulphur, Nux Vom., Merc. Sol.
Hepatitis A - Untuk Orang Dewasa - Chilidonium, Crot. Hor., China Off., Nat. Muriticum, Natrum Sulph., Podophyllum, dll
Hepatitis B - Untuk Orang Dewasa: China Off., Chelidonium, Lycopodium., Beb. Vulg., Ars. Alb., Cardus Maraianus, dll
Jika diberi ubat homeopati secara betul mengikut kaedah keserasian, hepatitis yang tidak serious boleh disembuhkan dalam jangka waktu satu hingga 3 bulan selepas menerima rawatan homeopati.

sumber :-
http://www.homeopathymalaysia.org.my/content/hepatitis+a+b+c+boleh+di+rawat-83.aspx
Sahabat
Sahabat ketika senang memang mudah dicari tetapi sahabat ketika sukar hanya insan-insan terpilih yang mampu bertaut. Luahan ikhlas dari sanubariku. Aku merasakan seolah-olah aku bakal kehilangan sahabat. Mungkin prasangka buruh dalam diriku. Tapi aku percaya akan ada sahabat-sahabat baru yang berada disaat aku betul-betul memerlukan iaitu POSITIVE WARRIORS - From AHP blog.
Walaupun tak banyak sukarelawan atau pun blog seperti AHP Blog untuk penyakit Hepatitis B dan seangkatanya namun blog AHP turut memberikan impak kepada kami pembawa Hepatitis B. Pendorong dan pemberi semangat. Hepatitis B walaupun kesan dia tak sehebat HIV tapi dia 100 kali berbahaya dari HIV. Kerana jangkitannyer lebih mudah. Pandangan Negatif masyarakat sama seperti PLHIV. Insan-insan seperti kami juga memerlukan satu kumpulan sukarelawan seperti sukarelawan HIV. Aku berharap akan ada sahabat-sahabat yang sudi bergandingan bersama-sama untuk membantu mereka-mereka pengidap Hepatitis B. Blog ini mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat Pembawa Hepatitis B. Semoga kita dapat membina satu kumpulan sehabat POSITIVE WARRIORS.
Saturday, 17 March 2012
Anda tanya doktor jawab: Jangkitan Hepatitis B melalui seks, jarum
Posted by ramizi
in Tuesday, June 8, 2010
| Reactions: |
Bersama Dr Idora Mohamed
SOALAN: SAYA
ingin tahu mengenai penyakit Hepatitis B. Adakah penyakit ini
boleh berjangkit melalui hubungan kelamin? Jika ya, adakah fetus
dalam kandungan berisiko untuk dijangkiti? Bagaimana dengan
kaedah rawatan hepatitis B? Bolehkah diubati dengan ubat-ubatan
tradisional?
MANN,
Melalui e-mel.
DI Malaysia, dianggarkan 1.3 juta penduduk dijangkiti Hepatitis B. Kebanyakan yang dijangkiti virus ini akan pulih dan seseorang yang dijangkiti itu telah membentuk antibodi yang mencukupi untuk melawan jangkitan yang sama seterusnya.
Tetapi, dalam lingkungan lima hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak dapat menghalang jangkitan itu dan mereka akan menjadi pembawa virus (dipanggil karier). Dari kumpulan ini, 10 - 30 peratus akan mendapat penyakit hati yang kronik dipanggil 'cirrhosis'.
Selain itu, mereka boleh menjangkiti orang lain dan mempunyai risiko yang sangat tinggi (lebih kurang 200 kali) untuk mendapat kanser hati.
Virus Hepatitis B merebak apabila darah orang yang terjangkit itu masuk ke dalam badan orang yang belum dijangkiti. Penyakit ini kebiasaannya memang berjangkit melalui hubungan kelamin, tambah-tambah lagi jika tidak menggunakan kondom, kerana virus ini didapati dalam air mani, cecair dari faraj dan darah.
Lain-lain cara jangkitan ialah melalui penggunaan jarum yang telah di kontaminasi, terutama bagi yang menyuntik dadah, penggunaan pisau yang terkena darah orang berjangkit, seperti pisau cukur, tattoo dan bagi pengamal perubatan yang terlibat dalam kerja-kerja klinikal yang terdedah kepada darah dan pembedahan.
Satu lagi cara jangkitan ialah menerusi ibu yang mengandung kepada bayi yang dikandungnya. Bayi ini dijangkiti semasa percampuran darah ibu dengan bayi bila bersalin. Jika ia tidak dikesan, bayi ini berkemungkinan menjadi karier dan mendapat penyakit hati kemudiannya.
Sudah menjadi amalan di mana-mana institusi perubatan untuk melakukan ujian Hepatitis B untuk ibu-ibu yang mengandung. Apa yang dikesan ialah sesuatu komponen dalam darah yang menunjukkan ada kesan virus, iaitu antigen terhadap virus Hepatitis B.
Jika ia positif, ibu itu adalah seorang pembawa dan selepas bersalin, bayi akan disuntik dengan imunoglobulin untuk memberi ketahanan kepadanya untuk melawan jangkitan ini dan selepas itu, mendapat suntikan vaksin seperti yang disyorkan dalam program imunisasi bayi. Cara ini telah dapat menurunkan risiko jangkitan dengan efektif.
Buat masa ini, masih tiada rawatan untuk menyembuh penyakit ini. Ubat-ubat yang ada sekarang digunakan untuk mengawal jangkitan. Cara yang paling efektif untuk menghalang daripada dijangkiti ialah dengan mendapat imunisasi terhadapnya. Vaksin hepatitis B memang mudah didapati – hanya perlu tiga suntikan sahaja!
Tetapi, kalaulah kita terjangkit, badan kita sendiri akan membentuk ketahanan terhadap virus Hepatitis B ini. Kita akan sembuh dengan sendiri. Cuma sebilangan saja yang menjadi pembawa. Untuk mengetahui sama ada kita telah dijangkiti virus ini, lakukanlah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi dalam badan. Jika tiada antibodi, barulah disyorkan untuk mendapat vaksinasi.
Berkaitan rawatan tradisional, ini tidak dapat dijawab kerana pengetahuan saya mengenai perubatan tradisional sangat minimum.
Tidak dinafikan bidang ini ada banyak potensi, tetapi kebanyakan ubat yang dikeluarkan tidak melalui proses keselamatan dan tahap ujian yang diperlukan untuk ubat-ubatan yang digunakan dalam perubatan konvensional. Jadi, kesannya tidak dapat dipastikan.

Sumber :- http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawabjangkitan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)