Peringatan!!!!

Peringatan :- Maaf, Fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research dan tinjauan pihak admin di website yang tersedia.... Oleh demikian, keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pengeluar produk. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor Pakar tentang kandungan ubat dan kesan. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau memudaratkan diri menjadi lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Dapatkan maklumat yang tepat dan dijamin selamat baru mencuba. Insyallah akan ada penawarnya. Blog ini tidak mempromosi atau terlibat dengan pihak2 berkepentingan ataupun mengambil kesempatan cuma berkongsi bahan cerita.

Wednesday 28 March 2012

Perubatan : Herba Dukung Anak



Nama Tempatan : Dukung Anak

Nama Saintifik : Phyllanthus Niruri

Nama Lain : Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India

Famili : Eurphorbiacea

Pengenalan

Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Berdaun jenis majmuk bipinat, berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm, terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau. Berbatang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga muncul bersendirian di bawah daun. Bract (bahagian bawah kelopak bunga) berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga, ia itu jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang.

Kandungan kimia

1 - Geraniin

2 - Niruriside

3 - Phyllanthin

4 - Rutin

Kegunaan

Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum

Batuk: Air rebusan daun muda diminum

Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

Tuesday 27 March 2012

Fakta Perubatan

Assalammualaikum.....

Maaf, fakta perubatan yang dikongsikan ini hanya satu research.... dan juga tinjauan pihak admin blog ini berkenaan perubatan alternatif. Keberkesanan ubat yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab pihak yang ingin mencuba dan pihak pengeluar produk. Adalah dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat doktor tentang kandungan ubat dan kesan. Juga perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor agar tidak tersalah mengambil ubat. Pihak admin tidak bertanggungjawab sekiranya memberi kesan sampingan atau lebih teruk. Kita dikehendaki mencari penawar tapi kita juga perlu berhati-hati dengan semua produk terutama melibatkan produk jualan langsung. Harap para pembaca dan pengunjung blog akan berhati-hati. Insyallah akan ada penawar.

Monday 26 March 2012

Sinar Harapan :- Tindakan Seorg Positif Hepatitis B

Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. 
Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia . 
Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. 
Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. 
Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya. 
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A,
 ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirosis hati. 
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil,
 ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?

1) Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV .
2) Tinggal bersama dalam rumah dengan individu dijangkiti.
3) Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
4) Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental).
4) Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
5) Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
6) Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebak dalam bentuk makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis B ?

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B .

1) Runding dengan doktor.
2) Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
3)Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
4) Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
5) Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukan ke hospital. Kalau tidak,anda lihat dan rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
6) Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat.
7) Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalam bentuk pil dan suntikan.
8) Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dilihat di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.

1) Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan ahli teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin.
2) Amalkan hubungan seks yang selamat .
3) Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
4) Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
5) Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain. sepenuh

Penjagaan sendiri:

1) Anda amalkan cara hidup yang sihat.
2) Anda perlu menjauhi alkohol.
3) Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
4) Anda patut mendengar nasihat doktor. 

sumber:- http://www.iptho.edu.my/pusatsumber/articles.php?article_id=161

Alunan Mendamaikan

Friday 23 March 2012

KESEDARAN

Wahai Diriku,
Aku seringkali mengeluh setiap kali dilanda masalah 
dan musibah,
malah kadangkala diriku mempersoalkan takdir Tuhan 
atas musibah yang menimpa diriku.

Tanpa aku sedari musibah itu bukan sekadar 
menyedarkan diri daripada lena
tetapi hikmah disebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal diriku.

Jadi Tabah dan Redhalah atas Segala
Ketentuan Allah S.W.T.

Thursday 22 March 2012

Perubatan :- Tonik Hati Hidayah HB Plus

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
MAL 07021505T

1botol utk 10hari (20 kapsul / botol) Pengambilan 1kapsul pagi, 1kapsul malam setengah jam selepas makan.

JABBAR HIDAYAH HB adalah jenis rawatan ubat herba tradisional yang telah digunakan sejak bertahun lama untuk merawat penyakit yang melibatkan hati dengan penuh kejayaan. Ubat herba ini hanya mengandungi herba-herba asli dan ubat-ubatan dari hutan hujan tropika. Sudah berabad lamanya generasi kita mewarisi ramuan dari herba asli. Dengan kelengkapan moden, ubat herba kini boleh didapati di pasaran dan setanding dengan ubatan moden.

Kenali Virus Hepatitis

Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah hepatitis berasal daripada perkataan "Hepar" ( Hati / Liver) dan itis ( Radang ). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor. Hepatitis juga boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus. Terdapat beberapa virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis. Keterukan hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

Fungsi Tonik Hati

# Melemah dan membasmi virus yang menjadi punca utama penyakit hepatitis.

# Menormalkan kembali bacaan enzim hati.

# Menguatkan sistem imunisasi badan serta membekal dan membantu menghidupkan antibodi yang kuat.

# Menguat, memperbaiki dan menjaga fungsi organ hati dan membaiki kerosakan-kerosakan sel-sel hati.

# Menghilangkan gejala akut dan gejala kronik pesakit hepatitis.

# Menyuburkan pertumbuhan sel-sel hepatosit ( sel-sel hati ) yang baru mengikut susunan yang teratur dan lengkap.

# Mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain.

# Membantu menghilangkan dan menyembuhkan segala gejala-gejala hepatitis / radang hati.

Peringkat Penyembuhan.

Hasil kajian yang mendalam beserta dengan rekod-rekod pesakit yang lepas, proses penyembuhan mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari. Namun ada pesakit yang sembuh sebelum mencapai 100 hari dan ada sesetengah kes pesakit akan sembuh pada hari yang ke-120 dan sebagainya.

Setelah Tonik Hati Jabbar memasuki aliran darah, ubat ini akan bekerja untuk membaiki dan membina hati pesakit yang telah rosak ( hati membengkak ) akibat daripada pertumbuhan sel yang tidak teratur disebabkan hati yang telah diserang virus. Pada ketika ini pesakit kemungkinan akan merasa sedikit simpton sampingan seperti mengantuk.

Di dalam prinsip rawatan Jabbar Hidayah HB Plus, peringkat ini dikenali sebagai peringkat domain. Di mana tahap domain adalah tahap permulaan rawatan untuk penyembuhan hepatitis. Pada peringkat ini, ubat ini akan "mengacau" kedudukan virus di luar hati, di bawah hati atau di dalam sel-sel hati. Virus ini akan bertebaran dan memasuki aliran darah.

Pada peringkat seterusnya, ubat mula membasmi sebahagian besar virus. Hati bebas daripada virus dan mula subur membiak. Ubat ini telah memperbetulkan kembali susunan sel-sel hepatosit yang sebelum ini tidak teratur. Pada tahap ini, jika pesakit itu mempunyai hati yang bengkak, biasanya ianya sudah kembali normal atau sembuh dan telah mula membekalkan antibodi tubuh. Pesakit mula bertenaga sehat dan cergas. Ada juga pesakit sudah menganggap mereka telah sembuh sepenuhnya. Ada di antara mereka telah meninggalkan ubat atau makan ubat secara tidak teratur dan tidak berdisiplin. Faktor ini menyebabkan ada mendakwa mereka lambat sembuh.

Kebanyakan pesakit hampir bebas daripada pembawak kronik kerana pasif ( Apabila HbeAG (+) bertukar kepada Hbe (-) dan jumlah virus berada di b awah 100 000 copies. Penurunan virus juga boleh menurun secara mendadak hingga mencapai <200> copies. Untuk hati kanser proses penyembuhan mungkin memngambil masa yang panjang. Pengambilan ubat secara berterusan perlu bagi pesakit yang sudah mencapai tahap kronik.

Prosedur Penggunaan Tonik Hati

Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan hati seperti hati berlemak, sirosis, mengecut, luka dan barah hati juga boleh membuat rawatan. Pesakit dinasihatkan untuk mengambil penawar ini secara berterusan selama 3-6 bulan untuk memperolehi kesan yang baik dan positif. Setiap botol Tonik Hati membekalkan penawar untuk tempoh 10 hari saja.

Cara Pengambilan

Ambil 1 biji pagi dan 1 biji malam selepas 30 minit makan. Sekiranya pesakit mengambil sebarang ubat hospital atau ubat tradisional yang lain, dinasihatkan mengambil Tonik Hati sebelum / selepas 2 jam pengambilan ubat tersebut.
Dicadangkan selepas pesakit sudah sembuh sepenuhnya, pesakit perlu untuk mengambil Tonik Hati dalam satu atau dua botol untuk di amal sebagai supplement.
Pantang Larang Dalam Pemakanan

Pantang Larang

Rasionalnya pantang mampu menolong mengurangi beban hati yang telah terdedah kepada serangan virus. Antara pantang larang yang perlu di amalkan adalah seperti :

# Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berkolestrol.

# Pastikan tidak mengambil makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna terutamanya makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, lala, kepah dan sebagainya.

# Elakkan menggunakan susu cair dalam minuman atau makanan.
 

Pasrah Segalanya

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KELIMA





22/03/2012 - Bersamaan 28 Rabiulakhir 1433H

Assalamamualaikum dan salam hormat, kembali bertemu dalam catatan perjalan kisah kehidupan aku seorang positif Hepatitis B. Terasa waktu-waktu yang dilalui terlalu sukar. Ketenangan hati terasa sentiasa terganggu. Aku dah tak seperti dulu. Dalam hati aku bermohon agar diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Ada saat dan ketika aku kuat ada masa bila bersendirian aku akan memikirkan apa yang bakal berlaku sehingga aku buntu. Bila aku tersedar dari lamunan aku kembali mengingati Tuhan Penciptaku. Tindakan ku kadangkala seolah-olah menidakkan apa yang berlaku. Seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang telah Tuhan tentutan. Ya Allah Ampunkan Hambamu. Mungkin aku belum sekuat itu untuk menghadapi dugaan Mu. Berikan aku masa untuk menerima hakikat yang tertulis dalam hidupku.

Setiap masa yang terluang banyak aku habiskan dalam blog nie. Melayari internet untuk mencari kaedah perubatan bagi mengubati penyakit yang ku hidapi ini. Terasa waktu untuk temujanji bersama doktor pada 30hb nie terasa lambat berlalu. Aku kena ambil tindakan alternatif bagi mengelakkan virus yang ada dalam darahku ini semakin tersebar. Buat masa sekarang aku terpanggil untuk mengambil satu penawar iaitu Qhazanah. Perubatan secara islam. Mungkin itu alternatif yang terlintas. Dalam masa sama juga aku mencari alternatif2 lain. Akan aku cuba usahakan untuk mengubati penyakit ini walaupun pada dasar perubatan penyakit ini tidak mampu diubati. Aku berpegang kepada kata-kata bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya, kita diminta berusaha mencari penawarnya. Aku tidak akan mengalah untuk terus berjuang.

Apa pun kehidupan yang tertulis sudah tidak mampu untuk aku menidakkannya. Aku janji pada diriku bahawa tak akan ada apa pun yang berubah meskipun aku mengidap penyakit kedua yang digeruni manusia. Aku akan terus tanamkan pada diriku untuk menjadi manusia yang lebih baik dari diriku selama ini. Meskipun aku bakal kehilangan mereka-mereka yang aku sayangi, aku dipinggirkan, akan ditakuti, akan dipandang sinis, akan aku tempuh dengan hati yang redha. Insyallah. Kehidupan harus diteruskan. Sementara kesempatan masih ada izinkan aku membuat kebaikan sebanyak yang mampu dan yang terdaya. Dan aku akan berfikiran positid se positifnyer penyakit yang aku hadapi. Semoga akan ada penawar dan dapat kembalikan nikmat sihat dalam diriku... Insyallah. Aku hambamu yang lemah Ya Allah bermohon agar kau kurniaankan kebaikan dan permudahkan jalan HambaMU ini. Amin.


bersambung.......

Perubatan :- Jabbar Hidayah

Jabbar Hidayah rawat Hepatitis B

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

MESKIPUN penyakit Hepatitis B sudah lama menjadi masalah di negara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan masih ramai keliru mengenainya.

Mungkin ramai tahu ia adalah penyakit yang menyerang bahagian hati berpunca daripada sejenis kuman dikenali virus Hepatitis B dan tiada rawatan untuk menyembuhkannya.

Namun, tidak ramai tahu ada produk berasaskan 100 peratus herba dinamakan Jabbar Hidayah yang dihasilkan anak tempatan mampu (dengan izin Allah) membantu mengubati penyakit berkenaan.

Ia bukan khabar angin atau retorik semata-mata, kerana produk yang dihasilkan oleh Mohd Kamaruzaman Che Hussain itu terbukti boleh dijadikan sandaran sebagai penawar untuk penyakit berkenaan.

Mohd Kamaruzaman yang juga pengasas Pusat Rawatan Herba Al-Jabbar di No 8, Jalan Datuk Seri Alagendra 1, Kajang Plaza, Kajang, Selangor dan produk berasaskan herba Al-Jabbar berkata, produk dihasilkannya terbukti dapat membantu mengubati penyakit berpunca daripada Hepatitis B seperti bengkak hati, penyakit kuning, hati mengecut, hati berlemak, perut membusung dan bengkak kaki.

Katanya, penggunaan produk berkenaan turut membantu mengurangkan virus dalam badan, kegatalan badan dan membantu mengembalikan semula daya tahan badan yang lemah.

�Seperti diketahui, penyakit Hepatitis B tergolong dalam penyakit kedua paling berbahaya selepas HIV. Penyakit ini juga 100 kali ganda mudah menjangkiti manusia jika dibandingkan dengan HIV, sama ada menerusi air liur, peluh dan hubungan kelamin.

�Dengan adanya herba Jabbar Hidayah, mereka yang disahkan positif Hepatitis B tidak perlu terus buntu memikirkan cara merawatnya dan harapan untuk sihat seperti orang lain semakin cerah,� katanya.

Menurut Mohd Kamaruzaman, pembabitannya dalam perubatan alternatif berasaskan herba itu didorong oleh perasaan ingin membantu, terutama mereka yang puas bergantung kepada kaedah perubatan moden sehingga sampai ke tahap putus asa dengan kaedah berkenaan.

Justeru, selain produk Jabbar Hidayah, Mohd Kamaruzaman menghasilkan lebih 10 produk berasaskan herba hutan dan bunga-bungaan berkualiti tinggi.

Antaranya Jabbar Ayuni 02, Jabbar 101, Jabbar Bayu, Jabbar Maya 99, Jabbar Kasturi Jabbar Raudah, Teh Bidadari dan Kopi Bidadara.

Mohd Kamaruzaman berkata, produk Jabbar Ayuni 02 dikhususkan untuk wanita, manakala Jabbar 101 dikhususkan untuk lelaki.

�Jabbar Ayuni 02 mempunyai khasiat tertentu seperti membantu menegangkan kulit dan payu dara, membentuk punggung dan mengembalikan keharmonian rumah tangga, manakala Jabbar 101 berkesan dalam membantu merangsang tenaga batin lelaki, membantu mencegah masalah mati pucuk dan penyakit gout.

�Dua produk berkenaan masing-masing dihasil menggunakan ramuan Ubi Bidadari Merah (untuk lelaki) dan Ubi Bidadari Putih (untuk wanita),� katanya.

Menurut Mohd Kamaruzaman, selain produk sedia ada, beberapa produk baru keluaran syarikatnya akan dipasarkan dalam masa terdekat ini.

Produk baru itu ialah �Breast Cream�, Produk Mencuci Muka, IQ Produk, Pembersih Feminin dan �Slimming Jus�.

Untuk mendapatkan produk keluaran Al-Jabbar tidak sukar kerana pengedar produk berkenaan ada di seluruh Malaysia, selain Singapura, Brunei dan Indonesia. 
 
sumber :- http://bernama548.blogspot.com/2011/07/jabbar-hidayah-rawat-hepatitis-b.html

Wednesday 21 March 2012

Tazkirah


Layar Keinsafan




Perubatan :- Dukung Anak




Perubatan :- Dukung Anak

Info Kesihatan :- Hepatitis A, B & C



Penyakit :- Hepatitis A, B & C


Tanda-Tanda :- Badan Lemah, Demam, Air Kencing berwarna Kuning Perang, Najis berwarna Putih, Mata, Muka dan Kuku Berwarna Kuning, Muntah, Perut rasa sesak dan Kurang Selera makan, Sakit-sakit sendi.


Kesan Tindak Balas (Tanda Pemulihan):-
Tanda -tanda akan berkurangan, Semangat Pulih Kembali & Semakin Berselera.


Catatan Kesihatan :-
Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan.
Jangan kerja teruk selama dua bulan.


sumber :- http://www.sim.org.my/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=287&forum=1&post_id=2269

Renungan :- Hinanya menjadi pesakit Hepatitis

Kesihatan (Keratan dari Utusan Malaysia tarikh 3/6/07)

Hinanya menjadi pesakit Hepatitis
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

LULUH hati Saudah Haron, 39, apabila doktor yang bakal menyambut kelahiran anaknya mengambil masa yang begitu lama untuk memakai sarung tangan – satu demi satu demi satu, sehingga tiga lapis kesemuanya.

Sedangkan kepala bayinya sudah terkeluar paras leher. Suaminya yang turut berada di dalam bilik bersalin mulai berasa cemas.

Isteri kesayangannya sudah hilang tenaga dan nyawa-nyawa ikan tetapi doktor tersebut masih lagi leka dengan sarung tangan getahnya. Jururawat pula melihat sahaja dari kejauhan.

‘‘Ini tidak boleh jadi,’’ getus Kamaruzaman Zakaria, 48, di dalam hati. Dalam suasana yang tambah kelam-kabut itu, dia menghampiri si isteri. ‘‘Saudah, Saudah, mengucap Saudah.’’

Dia mesti bertindak segera setelah wajah anak ketujuhnya yang baru hendak menjengah dunia itu mulai tampak kebiru-biruan. Dan berbekalkan serba sedikit petua orang kampung yang dia tahu, Kamaruzaman akhirnya berjaya membidankan isterinya dengan selamat.

‘‘Pada masa itu, saya tidak ingat apa-apa lagi. Yang saya tahu, nyawa mereka berdua perlu diselamatkan. Kini, anak bongsu kami sudah pun mencecah usianya empat tahun,’’ Kamaruzaman mengimbas kembali detik cemas itu di samping si isteri yang setia menemani.

Tiba giliran Saudah pula mengenangkan insiden di dalam bilik bersalin awal 2003 lalu. Di tengah-tengah kesakitan hendak bersalin itu, doktor mengesahkan pula Saudah sebagai pembawa hepatitis B.

Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Pembawa Hepatitis B kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-

senyap menjangkiti orang lain.

‘‘Aduhai, kenapa masa itu pula berita itu disampaikan sedangkan saya sudah beberapa kali mengambil darah semasa ujian rutin kehamilan.

‘‘Saya rasa hina sangat masa tu. Begitu fobianya doktor itu hendak menyentuh saya serta bayi yang tidak tahu apa-apa. Mungkin kerana trauma dan berjauh hati, saya nekad mengikat rahim selepas habis tempoh pantang.

‘‘Saya bimbangkan keselamatan anak-anak yang bakal lahir selepas ini kerana doktor dan jururawat benar-benar meyakinkan saya bahawa penyakit ini tiada penawarnya,’’ katanya.

Siapa yang tidak takut kalau mendapat penyakit yang boleh menyebabkan komplikasi seperti kanser hati dan sirosis (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur) seperti itu.

Saudah dan suami yang baru sampai dari Kuala Lipis, Pahang, pagi yang sama temu bual diadakan di Kajang, Selangor itu bercerita lagi. Sebagai langkah awal, doktor mengarahkan agar suami dan kesemua anaknya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah bagi mengesan virus Hepatitis B.

‘‘Doktor mendapati saya selamat tetapi dua anak kami iaitu yang sulung dan anak kelima, disahkan positif,’’ celah Kamaruzaman.

Beliau yang juga guru di salah sebuah maktab perguruan mendakwa, dia dan isteri mendapat layanan serupa daripada seorang doktor lain yang memeriksa anak sulungnya (ketika itu masih menuntut di salah sebuah sekolah agama berasrama di Johor).

‘‘Mata anak saya sudah nampak kekuning-

kuningan. Doktor tersebut berulangkali menyatakan penyakit ini tiada ubatnya, tiada ubatnya. Malah, dia mencabar bahawa kami tidak akan berjumpa penawarnya.

‘‘Sebagai seorang Muslim saya percaya, segala penyakit yang ada di muka bumi ini ada ubatnya kecuali mati. Cuma masanya sahaja yang belum tiba,’’ kata si suami lagi.

Saudah turut menceritakan layanan yang diterima oleh anaknya di sekolah apabila doktor berkenaan telah turun padang dan memaklumkan pihak sekolah tentang status anaknya sebagai pembawa hepatitis B.

Tanpa menafikan niat doktor itu yang baik bagi mengelakkan para pelajar lain daripada terjangkit, si ibu turut mengimbas kembali tekanan yang dihadapi oleh anaknya di ambang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Anak itu hanya tahu menangis. Rasa rendah dirinya menjadi-jadi. Dia tidak membenarkan kawan-kawannya berkongsi makanan mahupun menyedut air dari straw yang sama walaupun sebelum ini mereka tidak kisah.

‘‘Jangan, nanti kau akan sakit macam aku,’’ Saudah mengingat kembali dialog yang dituturkan oleh anaknya. Bagaimanapun, kawan tersebut adalah seorang sahabat sejati.

Dia tetap menggunakan straw yang sama kerana katanya: ‘‘Biarlah kita susah sama susah. Nak berjangkit atau tidak, semua itu urusan Tuhan,’’ dan mereka berpelukan dalam tangis.

Di rumahnya pula, Saudah mengambil langkah berjaga-jaga. Dia tidak menyusukan bayinya dan berasa janggal tidak dapat berbuat demikian kerana sebelum ini, dia menyusukan anak-anaknya sehingga masing-masing berumur lebih dua tahun.

Saudah juga tidak berkongsi makanan dengan ahli keluarganya. Kalau dahulu dia menyuapkan makanan ke mulut cahaya matanya, tetapi kini tidak lagi. Makanan yang tidak habis dimakannya akan terbuang begitu sahaja.

Saudah juga akan memastikan berus giginya tidak digunakan oleh orang lain kerana ia boleh memindahkan virus itu kepada mereka.

Dia juga lebih berhati-hati supaya tidak luka dan berdarah. Ini kerana, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus.

Memang sudah rezeki Saudah apabila pada suatu hari tatkala menatap majalah kegemaraannya Mastika, dia turut membelek helaian yang memaparkan kisah seorang pesakit Hepatitis B kronik iaitu Arumugam, yang beransur sihat.

Dia terus menyuakan majalah itu kepada suaminya dengan niat untuk mencuba rawatan yang boleh membantu keadaan mereka itu.

‘‘Syukur alhamdulillah, setelah beberapa ketika, keputusan darah kami tiga beranak adalah negatif. Kami bebas daripada kuman hepatitis B.

‘‘Doktor yang merawat anak saya di Johor juga terperanjat dengan hasil pemeriksaan darah yang dilakukannya ke atas anak saya,’’ kata Saudah gembira. Walaupun tidak dapat menatap senyumannya, kebahagiaan jelas terpancar dari sinar sepasang matanya yang jernih, di sisi suaminya itu.


sumber :- http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3452

JIKA ANDA POSITIF HEPATITIS B


sumber :- http://htaiping.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/files/files_4d89ad6d32bb9.pdf

Renungan - Rebut 5 Perkara Sebelum Datang Lima Perkara



1) MASA SIHAT SEBELUM SAKIT,

2) KAYA SEBELUM MISKIN,

3) LAPANG SEBELUM SIBUK,

4) MUDA SEBELUM TUA, dan...

5) HIDUP SEBELUM MATI.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” 
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 

Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,
Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan. 

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja. 

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan. 

Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.
sumber :- http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/06/28/rebut-5-sebelum-5/

Renungan - Hati Kita Yang Mana Satu

Antara Kaffarah & Lidah Manusia |

Bila mana tertimpa musibah atas seorang insan, maka mata-mata yang memandangnya dengan hati yang gelap berkata;


"Itu kerana dia dan dosanya.."


Sedangkan bagi mata-mata yang hatinya yang disinari taqwa memandang dengan cemburu seraya berkata;


"Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..

Alangkah beruntungnya dia, itu kaffarah buatnya.."

Hati kita yang mana satu..?



sumber :- http://www.facebook.com/qhazanah.original

Tuesday 20 March 2012

Perubatan - Qhazanah

Qhazanah Untuk Kesihatan – Sepanjang usia kita, badan kita menerima dan menyimpan pelbagai jenis unsur mudharat serta berbahaya yang datang daripada sumber makanan harian, alatan mandian, kosmetik, pencemaran udara dan lain-lain yang mula menghimpun di dalam darah, saraf , organ kita.
Hari demi hari, tubuh kita makin keletihan dan kepenatan dibebani oleh unsur-unsur berbahaya ini. Ditambah lagi pula dengan gaya hidup kita yang tidak sihat serta tiada inisiatif untuk mengamal pemakanan sihat.
Tiba masa, tanpa disedari sistem daya melawan penyakit kita berada di tahap rendah dan risiko penyakit mula hinggap di dalam badan. Dan dengan masa yang sesuai, penyakit ini mengatasi daya lawan penyakit (imunisasi) kita dan menyerang denga rakusnya.
Dan kita mula jatuh sakit. Ramai yang menyedari masalah kesihatan mereka hanya apabila berada di tahap genting atau kritikal. Ianya tidak dapat dikesan di awal waktu, kerana ia secara senyap mula merobohkan sistem pertahanan dan bertapak pada masa yang amat panjang.
Di sinilah kita mula mengeluarkan kos yang tinggi, masa yang banyak dan kudrat yang semakin haus dalam mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah kesihatan kita.

Cegah Lebih Baik Daripada Mengubati - Bukankah sediakan payung sebelum hujan adalah lebih bermanfaat untuk kita..? Adalah suatu tuntutan Islam agar kita mencegah sebelum ianya menjadi parah. Khasiat dan kaifiat Qhazanah yang kaya dengan zat mineral serta vitamin terbukti amat membantu membina sistem pertahanan tubuh yang tinggi dan membantu mengatasi masalah kesihatan serta mengembalikan kesihatan muslimin dan muslimah pada tahap terbaik.


Intipati Qhazanah
- Madu Asli -

Lebah adalah satu lagi bukti  dalam Al Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah. Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.
Madu dijelaskan didalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi.  Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)
Keunikan Madu Menjadi Pilihan Terbaik
Madu antara adalah makanan yang paling popular di kalangan pakar kesihatan kerana keunikannya memberi yang terbaik untuk kesihatan manusia.
Madu PENAWAR Barah (Cancer)
Sel-sel kanser berupaya dibunuh melalui fungsi asid retionik yang bertukar dari beta-carotene setelah melalui proses di dalam tubuh sebagai ANTIOKSIDA (antioxidant).
Tinggi sifat ANTIOKSIDA
Madu umpama bahan pembersih untuk tubuh manusia atas sifatnya yang tinggi antioksida. Ini bermaksud ia memerangkap radikal bebas di dalam tubuh yang boleh mencetus sel rosak di dalam badan yang boleh membiak sebagai sel kanser.
Antiseptik dan Antibiotik
Madu berupaya menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka serta menghalang jangkitan daripada terus merebak menurut kajian universiti Wales.
Pun begitu, ujian saintifik ke atas Madu wujud di kemudian hari yakni pada masakini. Sebagai umat Islam kita perlu mendahului berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah samada wujud fakta sains mahupun tidak. Sepertimana penulis jelaskan di atas, perintah Allah kepada Lebah di dalam Al Quran dan menjadi Sunnah baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai contoh ikutan kita umat baginda.
Adalah sesuatu yang membelakangi tuntuan Islam apabila kita mendahulukan hujah dan fakta sains melebihi hujah Al Quran dan As Sunnah. Malah ada juga di kalangan kita yangmana apabila dinasihati oleh pakar kesihatan untuk meninggalkan makanan sunnah bagi mereka yang menghidapi masalah gula di dalam badan, hanya kerana madu bersifat manis sedangkan Al Quran dan As Sunnah menyatakan sebaliknya. Pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam buat kita umat baginda dalam sabdanya;
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENYEMBUH yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)
Kandungan Madu dalam Qhazanah menghasilkan yang terbaik untuk kesihatan kita. Apatah pula yang ianya digabungkan dengan makanan sunnah lain yang mujarab..!
Klik Pada Intipati Makanan Sunnah Qhazanah Yang Ingin Anda Selidiki Di Bawah Ini ;-

Antara kes yg mendapat pengakuan daripada pengguna sebelum ini:-
Angin Ahmar – Angin Pasang – Asma /Lelah – Batu Karang – Batuk – Buang Air Besar Tidak Lawas – Buasir – Darah Haid Tak Teratur / Terganggu – Degil – Demam Panas / Denggi -  Demam Kuning – Darah  Rendah – Darah Tinggi – Gangguan Makhluk Halus – Hepatitis A – Hepatitis B – Jantung Kuat Berdenyut – Jerawat – Jeragat – Kegemukan ( Obesiti ) – Keras Hati – Ketagih Dadah – Ketagih Rokok – Kencing Berdarah – Kencing Tidak Tos – Kencing Manis – Kurang Cergas -Kurap – Lemah Jantung – Lemah Syahwat – Minda Tak Cerdas – Panas Baran – Panau – Pelupa – Psoriasis – Resdung – *Dan pelbagai lagi* – InsyaAllah..

sumber :- http://qhazanah.wordpress.com/category/salam-pengenalan/

Perubatan - Homoeopathy

Hepatitis A, B, C Penyakit ini boleh dirawat mengikut kaedah homeopathy dengan menggunakan ubat-ubatan yang dibawa khas dari Germany. Mengikut pendapat doktor biasa, penyakit ini tidak ada ubatnya, tetapi mengikut pengajian homeopati penyakit ini ada ubatnya dan ramai yang mengalami masalah ini telah sembuh dengan sempurna melalui rawatan homeopati.

Jika anda seorang penghidap hepatitis , anda tidak perlu risau atau takut kerana penyakit hepatitis jika dikesan diperingkat awal ,boleh disembuhkan melalui ubat-ubat homoeopathy. Memang diakui penyakit hepatitis, adalah satu penyakit seperti time bomb, dimana ia boleh meletup pada bila-bila masa sahaja. Betul, sekiranya anda tidak berikhtiar mengubatinya atau atau anda sendiri tidak sedar bahawa anda adalah 'pembawa virus' penyakit tersebut.

Tanda-tanda awal hepatitis adalah biji mata putih menjadi kuning ,bibir,tapak tangan,air kencing kelihatan kekuning-kuningan, mudah letih dan lesu dan tidak bermaya.

Hepatitis banyak menyerang penduduk dunia ketiga seperti India, Filipina, Pakistan, Kemboja ,Afrika termasuk Malaysia ,Indonesia dan Thailand. Penyakit ini bersifat kronik dan endemik. Ianya boleh menyerang semua peringkat umur. Penyakit ini bersifat kronik dimana 5 hingga 10% mereka yang dijangkiti virus ini adalah pembawa penyakit tanpa disedari atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'carrier'.

Demam kuning dikalangan bayi .

70% bayi yang baru lahir kerap menderita penyakit ini. Ini dikaitkan dengan fungsi hati bayi yang belum berfungsi secara sempurna. Keadaan ini berpunca dari penimbunan bilirubin (pigmen hempedu)yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu.

Hyperbilirubinemia ini boleh disebabkan oleh kelainan atau gangguan pembentukan, pengedaran metabolisma atau perkumuhan bilirubin . Ini ditandai oleh kekuningan pada kulit,selaput mukosa,sklera atau selaput putih mata dan bendalir tubuh seperti air kencing.

Penyakit ini jika dibiarkan berpanjangan ia dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi tersebut.

Jika diperingkat awal begini, ubat homeopati amat berkesan untuk mengatasi masalah ini dengan sempurna.

Orang China amat gemar memberi anak-anak mereka sejenis tumbuhan yang liar disekeliling rumah dikampong-kampong yang dikenali sebagai 'dukong anak' bagi mengatasi masalah anak-anak demam kuning.

Sementara orang-orang Arab suka memberi anak-anak mereka minum susu kambing untuk tujuan yang sama.

Sementara sistem perubatan homeopati menyediakan berbagai jenis khusus untuk mengatasi masalah demam kuning atau hepatitis.

Diantara ubat-ubat homeopati yang sering digunakan oleh doktor-doktor homeopati ialah:

Jaundice kanak-Kanak - Acointe Napellus, Hepar Sulph., Chelidium, Sulphur, Nux Vom., Merc. Sol.

Hepatitis A - Untuk Orang Dewasa - Chilidonium, Crot. Hor., China Off., Nat. Muriticum, Natrum Sulph., Podophyllum, dll

Hepatitis B - Untuk Orang Dewasa: China Off., Chelidonium, Lycopodium., Beb. Vulg., Ars. Alb., Cardus Maraianus, dll

Jika diberi ubat homeopati secara betul mengikut kaedah keserasian, hepatitis yang tidak serious boleh disembuhkan dalam jangka waktu satu hingga 3 bulan selepas menerima rawatan homeopati.
 
sumber :- 
http://www.homeopathymalaysia.org.my/content/hepatitis+a+b+c+boleh+di+rawat-83.aspx

 

Sahabat

 Sahabat ketika senang memang mudah dicari tetapi sahabat ketika sukar hanya insan-insan terpilih yang mampu bertaut. Luahan ikhlas dari sanubariku. Aku merasakan seolah-olah aku bakal kehilangan sahabat. Mungkin prasangka buruh dalam diriku. Tapi aku percaya akan ada sahabat-sahabat baru yang berada disaat aku betul-betul memerlukan iaitu POSITIVE WARRIORS - From AHP blog.

Walaupun tak banyak sukarelawan atau pun blog seperti AHP Blog untuk penyakit Hepatitis B dan seangkatanya namun blog AHP turut memberikan impak kepada kami pembawa Hepatitis B. Pendorong dan pemberi semangat. Hepatitis B walaupun kesan dia tak sehebat HIV tapi dia 100 kali berbahaya dari HIV. Kerana jangkitannyer lebih mudah. Pandangan Negatif masyarakat sama seperti PLHIV. Insan-insan seperti kami juga memerlukan satu kumpulan sukarelawan seperti sukarelawan HIV.  Aku berharap akan ada sahabat-sahabat yang sudi bergandingan bersama-sama untuk membantu mereka-mereka pengidap Hepatitis B. Blog ini mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat Pembawa Hepatitis B. Semoga kita dapat membina satu kumpulan sehabat POSITIVE WARRIORS.

Saturday 17 March 2012

Anda tanya doktor jawab: Jangkitan Hepatitis B melalui seks, jarum

Posted by ramizi in Tuesday, June 8, 2010
Reactions: 

SOALAN: SAYA ingin tahu mengenai penyakit Hepatitis B. Adakah penyakit ini boleh berjangkit melalui hubungan kelamin? Jika ya, adakah fetus dalam kandungan berisiko untuk dijangkiti? Bagaimana dengan kaedah rawatan hepatitis B? Bolehkah diubati dengan ubat-ubatan tradisional?
MANN,
Melalui e-mel.


DI Malaysia, dianggarkan 1.3 juta penduduk dijangkiti Hepatitis B. Kebanyakan yang dijangkiti virus ini akan pulih dan seseorang yang dijangkiti itu telah membentuk antibodi yang mencukupi untuk melawan jangkitan yang sama seterusnya.

Tetapi, dalam lingkungan lima hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak dapat menghalang jangkitan itu dan mereka akan menjadi pembawa virus (dipanggil karier). Dari kumpulan ini, 10 - 30 peratus akan mendapat penyakit hati yang kronik dipanggil 'cirrhosis'.

Selain itu, mereka boleh menjangkiti orang lain dan mempunyai risiko yang sangat tinggi (lebih kurang 200 kali) untuk mendapat kanser hati.

Virus Hepatitis B merebak apabila darah orang yang terjangkit itu masuk ke dalam badan orang yang belum dijangkiti. Penyakit ini kebiasaannya memang berjangkit melalui hubungan kelamin, tambah-tambah lagi jika tidak menggunakan kondom, kerana virus ini didapati dalam air mani, cecair dari faraj dan darah.

Lain-lain cara jangkitan ialah melalui penggunaan jarum yang telah di kontaminasi, terutama bagi yang menyuntik dadah, penggunaan pisau yang terkena darah orang berjangkit, seperti pisau cukur, tattoo dan bagi pengamal perubatan yang terlibat dalam kerja-kerja klinikal yang terdedah kepada darah dan pembedahan.

Satu lagi cara jangkitan ialah menerusi ibu yang mengandung kepada bayi yang dikandungnya. Bayi ini dijangkiti semasa percampuran darah ibu dengan bayi bila bersalin. Jika ia tidak dikesan, bayi ini berkemungkinan menjadi karier dan mendapat penyakit hati kemudiannya.

Sudah menjadi amalan di mana-mana institusi perubatan untuk melakukan ujian Hepatitis B untuk ibu-ibu yang mengandung. Apa yang dikesan ialah sesuatu komponen dalam darah yang menunjukkan ada kesan virus, iaitu antigen terhadap virus Hepatitis B.

Jika ia positif, ibu itu adalah seorang pembawa dan selepas bersalin, bayi akan disuntik dengan imunoglobulin untuk memberi ketahanan kepadanya untuk melawan jangkitan ini dan selepas itu, mendapat suntikan vaksin seperti yang disyorkan dalam program imunisasi bayi. Cara ini telah dapat menurunkan risiko jangkitan dengan efektif.

Buat masa ini, masih tiada rawatan untuk menyembuh penyakit ini. Ubat-ubat yang ada sekarang digunakan untuk mengawal jangkitan. Cara yang paling efektif untuk menghalang daripada dijangkiti ialah dengan mendapat imunisasi terhadapnya. Vaksin hepatitis B memang mudah didapati – hanya perlu tiga suntikan sahaja!

Tetapi, kalaulah kita terjangkit, badan kita sendiri akan membentuk ketahanan terhadap virus Hepatitis B ini. Kita akan sembuh dengan sendiri. Cuma sebilangan saja yang menjadi pembawa. Untuk mengetahui sama ada kita telah dijangkiti virus ini, lakukanlah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi dalam badan. Jika tiada antibodi, barulah disyorkan untuk mendapat vaksinasi.

Berkaitan rawatan tradisional, ini tidak dapat dijawab kerana pengetahuan saya mengenai perubatan tradisional sangat minimum.
Tidak dinafikan bidang ini ada banyak potensi, tetapi kebanyakan ubat yang dikeluarkan tidak melalui proses keselamatan dan tahap ujian yang diperlukan untuk ubat-ubatan yang digunakan dalam perubatan konvensional. Jadi, kesannya tidak dapat dipastikan.
Sumber :- http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawabjangkitan.html

Wednesday 14 March 2012

Dengarlah Suara Hati Kami..........


Semoga Suara Setiap Insan Di Dengari


Tell Me Why?

I'm Cryin' For You

TINDAKAN :- Mendapatkan Rawatan Awal.

Saya telah menghubungi satu blog yang memaklumkan dapat mengubati penyakit Hepatitis B, Saya kongsikan maklumbalas tersebut bersama-sama sahabat sekalian. Apakah pandangan dan pendapat sahabat sekalian berkenaan tindakan saya?


Salam Sejahtera,

Dimanakah encik tinggal?

Cara yang terbaik adalah untuk datang ke pusat rawatan The Tole dan dapatkan rawatan akupunktur untuk masalah yang dihidapi. Jika encik tidak berkesempatan untuk datang, cara yang lain adalah untuk untuk mendapatkan ubat terlebih dahulu.

Masalah hepatitis B dapat dirawati dengan rawatan ini. Ubat herba yang kami akan berikan adalah ubat rebusan dan perlulah minum setelah di rebus. Rawatan ini dapat membantu untuk meningkat sistem imun di dalam badan disamping membantu untuk mengurangkan kesan sampingan masalah Hepatitis B.

Ramai yang mendapatkan rawatan menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Selalunya pesakit yang baru sahaja mengalami masalah ini menunjukkan perubahan yang cepat berbanding dengan pesakit yang telah mengalaminya lama daripada itu.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian 03-21418370 / 21451671 atau datang terus ke pusat rawatan tanpa perlu temujanji.

Waktu operasi :
Selasa : 3 petang hingga 7 petang
Isnin, Rabu hingga Sabtu : 10.30 pagi hingga 7 petang
Ahad : 12 tengah hari hingga 4 petang
Anggaran kos :

Akupunktur - RM 35 satu sesi
Herba - RM 20 hingga RM 30 satu peket
Jarum - RM 2 satu batang (8-10 batang jarum)
Terima Kasih

Entecavir Terapi Baru Hepatitis B

ARKIB : 02/07/2006

Entecavir terapi baru hepatitis B


Sirosis hati - komplikasi jangkitan virus hepatitis B.



HEPATITIS merupakan penyakit keradangan hati yang lazimnya menjadikan hati membengkak dan terasa lembut disebabkan oleh pelbagai jenis virus - A, B, C, D dan E. Hepatitis yang paling biasa ditemui adalah virus hepatitis A (HAV), virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV). HBV tergolong dalam salah satu penyakit yang paling banyak menghasilkan mikroorganisma di dunia. Kira-kira 400 juta orang telah dijangkiti secara kronik oleh HBV - 100 kali lebih berjangkit berbanding virus human immunodeficiency (HIV).

Di Malaysia, kira-kira 2.5 juta rakyatnya dikesan menghidap kanser hati - penyakit yang boleh dielakkan melalui suntikan hepatitis B. “Jangkitan hepatitis B terjadi melalui darah dan cecair-cecair badan lain seperti air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan susu badan. “Sebaik sahaja HBV memasuki saluran darah, ia akan berhijrah ke hati di mana ia membahagi,” kata Pakar Runding Hepatologi dan Gastroeneterologi, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Rosmawati Mohamed.

Menurutnya, jangkitan hepatitis B kronik adalah sejenis penyakit yang berpotensi membawa maut. Saban tahun, lebih setengah juta orang di seluruh dunia mati disebabkan oleh kanser hati. Dari jumlah tersebut, sehingga 80 peratus berpunca daripada hepatitis B kronik. “Kanser hati merupakan satu-satunya kanser yang paling kerap ditemui pada kaum lelaki,” katanya.

Penyakit ini boleh merebak dengan cara:
* Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui:
    1- Pemindahan darah, hemodialisis
    2- Berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
    3- Kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah   
        ke mata atau ke tempat luka)
    4- Mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga.
* Perinatal (sekitar kehamilan) - daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
* Hubungan seks.

Tindak balas jangkitan HBV bergantung kepada usia seseorang ketika dijangkiti. Kanak-kanak menunjukkan gejala-gejala HBV yang kurang berbanding orang dewasa manakala bayi yang baru lahir langsung tidak memberikan apa-apa tanda. Sekalipun tidak mempamerkan sebarang gejala, kanak-kanak masih rentan terhadap komplikasi jangkitan HBV manakala di kalangan orang dewasa, kira-kira 40 peratus tidak mempunyai gejala. Bagi mereka yang menunjukkan gejala, HBV sering disalah anggap sebagai jangkitan selesema.

Gejala-gejala hepatits B seakan-akan mendapat selesema, demam, sakit-sakit badan (sendi dan otot), keletihan dan lemah, hilang selera makan, loya dan muntah dan, jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)
Kira-kira satu peratus individu akan mengalami masalah kegagalan hati yang teruk semasa tahap penyakit HBV akut, yang memerlukan pemindahan hati. 

Hepatitis B terbahagi kepada dua jenis iaitu berbentuk akut dan kronik (lebih serius selepas serangan yang akut). Prof. Dr. Rosmawati berkata, adalah dianggarkan 95 peratus daripada mereka yang dijangkiti HBV semasa dewasa berupaya menyingkirkan virus tersebut secara spontan dari tubuh mereka dengan bantuan sistem imun. “Kumpulan ini mungkin mengalami beberapa gejala tetapi mereka akan pulih sepenuhnya tanpa komplikasi. “Sementara itu, bakinya akan menjadi pembawa kronik dan memandangkan hepatitis B umumnya adalah penyakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala, pesakit selalu tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti,” katanya.

Bagaimanapun, oleh kerana HBV masih menyerang organ hati, mereka mempunyai risiko yang meningkat untuk mengalami penyakit-penyakit hati seperti sirosis atau kanser hati.
Penyakit hati yang berkaitan Hepatitis B mendorong kepada antara 15 hingga 25 peratus kematian pesakit dengan jangkitan kronik. Secara idealnya, jelas Prof. Dr. Rosmawati, matlamat rawatan HBV adalah untuk menghalang pembahagian virus secara kekal. “Lebih tinggi jumlah virus bermakna lebih risiko menghidap kanser hati dan sirosis. “Mengurangkan muatan virus di samping meningkatkan tindak balas imun semula jadi badan mampu mengurangkan risiko kerosakan hati,” katanya.

Rawatan

Buat masa ini, terdapat dua kelas ubat-ubatan yang diluluskan bagi merawat hepatitis B. Salah satu pilihan adalah interferon yang mirip bahan melawan jangkitan semula jadi dihasilkan oleh tubuh. Juga, analog nukleosid tertentu yang dikenali sebagai antiviral – digunakan untuk merawat HBV dengan cara mengganggu enzim yang digunakan untuk menghasilkan DNA, yang diperlukan bagi penghasilan semula virus. Terdapat vaksin yang berkesan sebagai perlindungan menentang HBV dan perlu diberikan kepada semua bayi, kanak-kanak dan remaja yang belum mencapai usia 18 tahun. Mana-mana orang dewasa yang berisiko tinggi juga perlu divaksinasi manakala mereka yang belum menerima pelalian dan terdedah kepada HBV boleh diberikan imunoglobulin hepatitis B (HBIG) untuk melawan virus. Bagi mengelakkan pemindahan, individu yang telah dijangkiti perlu mengamalkan hubungan seks selamat dan tidak boleh mendermakan darah, organ, sperma, telur atau lain- lain tisu.

Barangan isi rumah seperti berus gigi, pencukur atau jarum tidak boleh dikongsi dengan individu yang dijangkiti HBV.

BARACLUDE (entecavir)

Penghidap hepatitis B kronik di Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan baru dalam bentuk tablet iaitu entecavir yang dipreskripsi oleh doktor. Dikeluarkan oleh Bristol-Myers Squibb, ia merupakan sejenis analog nukleosid yang mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA). Terapi antiviral itu direka khusus untuk menyekat replikasi atau pembahagian HBV di dalam hati pesakit dewasa.

Program percubaan klinikal entecavir merupakan yang terbesar setakat ini tentang hepatitis B kronik. Ia juga pertama kali membandingkan dua jenis ubat antiviral iaitu antara entecavir dengan lamivudine. Selepas kajian selama 48 minggu, entecavir menunjukkan pembaikan lebih nyata mengikut statistik berbanding laminuvide dari segi histologi hati. Muatan virus HBV dikurangkan kepada paras yang tidak dapat dikesan (kurang 300 spesimen/mL). Para pesakit yang menerima rawatan entecavir dengan keamatan sederhana hingga kuat juga menunjukkan kesan-kesan sampingan paling lazim termasuk sakit kepala, keletihan, cirit-birit dan dispepsia.

THE TOLE Hepatitis B- Rawatan Herba dan Rawatan Neuro Akupunktur.

THE TOLE Hepatitis B- Rawatan Herba dan Rawatan Neuro Akupunktur.
 
Rawatan untuk Hepatitis B:

Rawatan THE TOLE Hepatitis B boleh membantu untuk merawat Hepatitis B.
Kami memerlukan laporan perubatan anda supaya kami boleh memberi ubatan herba untuk hepatitis yang bersesuaian untuk anda.
Herba Hepatitis ini akan berfungsi memberi tenaga kepada hati supaya hati itu boleh melawan kembali virus hepatitis dengan sendiri.

Untuk pertanyaan sila hubungi kami di alamat di bawah atau email bagi mendapatkan maklumat rawatan-Rawatan Hepatitis B Treatment Cure:


                      THE TOLE ACUPUNCTURE & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD. 

Suite 4.08- 4.10, 4th Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No : 603-21418370 / 603-21451671
Fax No : 603-27326878


sumber:- http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/HepatitisBTreatmentCure.html

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KEEMPAT



15/03/2012 - Bersamaan 21 Rabiulakhir 1433H

Subhanallah. Ketenanganku terganggu seketika. Aku terima panggilan daripada Pejabat Kesihatan. Aku tahu bahawa Pejabat Kesihatan akan menghubungi aku kerana aku mengidap Penyakit Berjangkit. Apa yang meresahkan aku adalah apabila dia bertanyakan tempat aku bertugas. Ya Allah, aku terima dugaanmu diatas kesakitan yang telah dianugerahkan tapi Ya Allah, aku tak bersedia untuk berita kesakitan yang aku alami ini diperhebahkan Ya Allah. Lindungilah aku dari kehinaan, kesakitan dan kerisauan Ya Allah.  

Ketakutan muncul kembali, tidur ku tak lena sehingga aku menangis dalam tidur. Aku terjaga dengan airmata mengalir. Keresahan yang aku alami terbawa ke dalam mimpi. Adakah Inspektor Kesihatan akan datang ke pejabat ku dan menghebahkan berita akan kesakitanku? Adakah kawan-kawanku dipejabat akan diminta membuat ujian darah takut-takut dijangkiti? Adakah aku akan menjadi punca kerisauan dan keresahan rakan sepejabatku? Akankah aku kehilangan sahabat-sahabatku? Bakal berubah ker kehidupanku selepas ini? Pelbagai persoalan bermain dimindaku. Aku celaru. Ya Allah, kuatkan lah aku untuk menghadapi kenyataan hidup ini. Terasa buntu fikiranku.

Terlintas difikiranku tentang tanggungjawab sosialku. Aku tak patut rahsiakan penyakit yang aku alami kerana mungkin tanpa sedar aku akan menjakiti orang lain. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Tunjukkan aku jalan yang benar Ya Allah. Aku bermohon padaMu. Aku hambaMu yang lemah mengakui segala kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan. Berikanlah kelapangan dalam perjalanan kehidupanku. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kepada rakan-rakan pembaca, bantulah aku. Berilah pandangan dan pendapat yang sewajarnya. Aku buntu dan perlukan sokongan sahabat-sahabat.

Tuesday 13 March 2012

DIARI KEHIDUPAN - CATATAN KETIGAKU


Coretan lintasan perjalanan seorang hamba Allah S.W.T. Detik dan saat dibangunkan daripada mimpi indah dunia agar kembali dekat mengingatiNYA. Subahanallah. Semoga perkongsian perjalanan ini mampu dan dapat memberikan semangat, ketenangan, kekuatan, kesabaran dalam kita menempuhi ujian tuhan walau sebarat mana sekalipun. Ujian itu tanda Tuhan mengingati kita dan sayang pada hambaNYA. Insyallah.


14/03/2012 - Bersamaan 20 Rabiulakhir 1433H

Assalammualaikum, Salam Hormat. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Yang Maha Kuasa kerana aku masih lagi bernafas dan dapat menghirup udara segara. Syukur yang tidak terhingga. Kini aku akan sambung melakarkan coretan kisah kehidupanku untuk catatan seterusnya. Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang diberi sedikit ujian agar ujian tersebut mampu membuka lembaran baru dalam kisah kehidupan hambaNYA dan terus mengingatiNYA. 

Aku telah menerima panggilan telefon dari HKL. 30 March 2012 adalah tarikh temujanjiku bersama Doktor Pakar HKL. Aku diminta untuk hadir awal ke HKL bagi mengambil sample darah dan melakukan X-RAY Ultrasound untuk hati. Aku diminta berpuasa sebelum hadir. Kebetulan sehari selepas aku dihubungi aku bercuti setelah pulang outstation dari Perak. Awal-awal pagi aku bangkit dan terus ke HKL. Pukul 8.00 pagi aku telah berada di HKL dan terus ke Unit Geastro. Jururawat yang bertugas mesra menyambut kehadiranku. Aku maklumkan tujuan kedatanganku. Jururawat bertugas meminta Kad Pengenalan. Setelah dokumen berkenaan diriku diperolehi dia menjelaskan tindakan yang perlu aku lakukan. Aku diarahkan untuk mengambil sample darah terlebih dahulu dan kemudian membuat temujanji X-RAY. Ketika aku ke ruangan pengambilan darah aku dapati ramai telah menunggu. Aku kemukan dokumen yang diberikan oleh jururawat sebentar tadi kepada jururawat yang bertugas di bahagian darah. Dia memberikan nombor giliran. Angka 64. Aku melihat di papan screen baru angka 10. Aku bertanya kepada jururawat bertugas tempoh masa yang dirasakan pada nombor giliran aku. Dia maklumkan dalam lingkung pukul 10.00. Aku perlu menunggu 1 jam setengah kerana jam didinding menunjuk pukul 8.30 pagi. Aku membuat keputusan untuk pergi kebahagian X-RAY. 

Di kaunter X-RAY aku kemukan dokumen dan maklumkan temujanji bersama doktor. Aku diminta tunggu sebentar. Disini tak seramai seperti di bahagian darah. Aku orang kedua. Setelah namuku dipanggil aku dimaklumkan yang jadual XRAY aku hanya boleh dilakukan pada bulan Julai kerana senarai telah penuh. Walaubagaimanapun jururawat bertugas membantu mencari tarikh terdekat sekiranya ada pesakit yang membatalkan temujanji disaat akhir. Satu tarikh paling terdekat adalah pada bulan Jun. Aku bersetuju. Jururawat memaklumkan sekiranya aku memerlukan XRAY dengan kadar segera dia minta ketika temujanji bersama Doktor Pakar nanti aku jelaskan pasal tarikh temujanji. Doktor Pakar akan mengambil tindakan lanjut untuk mempercepatkan XRAY sekiranya dirasakan perlu. Hanya Doktor Pakar mempunyai kuasa bagi mempercepatkan XRAY dilakukan. Dokumen yang aku serahkan kepada jururawat tadi dikembalikan dan tentera tarikh temujanji iaitu 21 Jun 2012. Selesai soal XRAY dan aku ke bahagian darah kembali. 

Setiba aku disana angka menunjukkan 35. Cepat juga proses pengambilan darah. Aku lihat ada 3 kaunter dibuka. Ketika berada dibahagian pengambilan darah hanya kelihat majoriti warga-warga emas. Hanya beberapa orang yang muda dan lebih kurang lingkungan umurku. Mungkin mereka pelik melihat kehadiran aku. Sakit apakah aku? mungkin itu yang terlintas dalam fikiran mereka. Sementara menunggu pelbagai persoalan bermain difikiranku. Terasa darah yang mengalir terlalu kotor. Aku banyak beristifar agar tidak berburuk sangka. Jam 9.30pagi nombor ku dipanggil dan aku terus ke kaunter 2. Seorang jururawat lelaki berambut panjang. Aku serahkan dokumen dan jururawat lelaki tersebut mengangkat tanganku. Dia tepok pada pergelangan siku. Prosedur biasa. Kemudian dia cucuk jarum dan sedut darah. Cucukan terasa seperti gigitan semut. Setelah selesai dia letak kapas pada bekas cucukkan. Dia kata selesai. Aku tanya dokumen. Dia kata dokumen akan diserahkan pada Doktor Pakar. Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu. Dia hanya merenung. Aku tidak tahu kalau dia tersenyum sebabnyer dia memakai topeng penutup mulut. Selesai satu tindakan. Pada 30hb March 2012, aku akan menemui Doktor Pakar. Rasa risau ada dan aku tidak sabar mendengar apa yang bakal diperkatakan Doktor tersebut. Sama-sama lah korang tolong doakan semoga segala keputusan yang dibuat berkenaan darahku tidak benar... Aku kadangkala terfikir semoga ada keajaipan yang bakal berlaku. Insyallah. Itu tidak bermakna aku melawan suratan takdir cuma sedikit perngharapan. Apa pun keputusan akan aku tempuh. Nantikan sambungan kisah kehidupanku ini untuk catatan berikutnya........


.... bersambung

Monday 12 March 2012

Pengenalan : Hepatitis

Hepatitis kesan melalui ujian darah

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Mohd. Ismail Marican baru-baru ini menyarankan agar penerima darah pada tahun 1995 menjalani ujian darah semula bagi mengesan virus hepatitis C yang boleh mengakibatkan barah hati. Bagaimanapun sejak tahun tersebut, pihak hospital di negara ini telah pun mengambil tindakan memeriksa semua darah sebelum pemindahan darah dilakukan. Biarpun peratus mendapatkan kanser hati itu adalah kecil namun perlu diingat hepatitis tidak mengira A, B atau C itu merupakan penyerang senyap.

Hepatitis merupakan istilah umum merujuk inflamasi hati disebabkan oleh pengambilan alkohol secara berlebihan, bahan kimia bertoksik, pemakanan tidak sihat, sesetengah jenis dadah, penyakit autoimun, penyakit sistem biliari dan jangkitan infeksi virus.

Penyakit hepatitis yang paling lazim berlaku ialah hepatitis A, B dan C.

Apa itu hepatitis C

Virus Hepatitis C (HCV) merupakan penyebab utama hepatitis yang disebarkan melalui pemindahan darah. Pakar Perubatan Am dan Respiratori, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr. Fazilah Ahmad berkata, oleh sebab tiada tanda-tanda klinikal yang jelas pada tahap awal jangkitan, kebanyakan orang tidak menyedari mereka telah dijangkiti virus ini. ``Selepas tiga hingga enam bulan dijangkiti, virus akan berganda dengan cepat dan sistem pertahanan akan menghasilkan antibodi untuk melawannya. ``Walau bagaimanapun, virus ini tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan menjadi penghuni jangka panjang dalam badan,'' katanya.

Dianggarkan, 75 hingga 85 peratus penghidap HCV boleh mendapat jangkitan yang kronik manakala 70 peratus daripada mereka akan mengalami penyakit hati yang kronik. Sebanyak 10 hingga 20 peratus penghidap hepatitis kronik boleh mendapat sirosis atau bengkak hati. Menurutnya, sirosis lazimnya berlaku dalam tempoh 20 tahun atau lebih. Satu hingga lima peratus penghidapnya maut akibat penyakit hati kronik yang berkaitan dengan HCV.

Hepatitis C, mungkin serius bagi sesetengah orang tetapi tidak pada yang lain. Kebanyakan pembawa penyakit ini akan membawanya hingga ke akhir hayat. ``Penghidap akan berasa letih lesu dan segeralah mendapatkan ujian darah untuk rawatan selanjutnya. Walaupun anda tidak ada tanda-tanda letih lesu, anda juga digalakkan melakukan ujian darah. ``Mereka perlu berjumpa doktor secara berkala, tidak mengambil alkohol, tidak memulakan sebarang ubat-ubatan termasuk herba tanpa mendapat kelulusan doktor dan mendapat suntikan vaksin hepatitis A sebagai satu langkah pencegahan agar pesakit tidak dijangkiti virus Hepatitis A untuk mengurangkan risiko kerosakan hati,'' katanya lagi. Terdapat ubat-ubatan yang diluluskan untuk mereka yang menghidap hepatitis C ini. Dua hingga tiga orang daripada sepuluh pesakit hepatitis dapat disembuhkan.
 
Berisiko tinggi

Hepatitis C disebarkan melalui pemindahan darah atau produk darah yang lain seperti penerima transfusi darah, penerima organ yang menerima organ yang dijangkiti oleh virus hepatitis C, pesakit haemodialisis dan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan yang dijangkiti. Transmisi melalui seksual dan daripada ibu mengandung kepada bayi kurang berbanding dengan hepatitis B. Selain daripada transfusi darah dan produk darah, terdapat 40 hingga 50 peratus pesakit hepatitis C yang tidak diketahui punca jangkitan. Mereka dipanggil sebagai jangkitan sporadik. Pesakit hepatitis C boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka boleh berkahwin dan mengandung .

Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini kelihatan sihat untuk tempoh beberapa tahun. Kajian perlu dilakukan untuk memerhati keadaan kanak-kanak ini pada masa akan datang. ``Hepatitis C tidak disebarkan melalui penyusuan ibu, bersin, sentuhan kasual, berkongsi minuman atau makanan, berpelukan dan batuk. Tidak ada vaksin untuk hepatitis C,'' jelas Dr. Fazilah.


Hepatitis B

Penyakit ini merupakan yang paling biasa berbanding A dan C, berpunca daripada jangkitan virus hepatitis B. Kadangkala ia boleh membawa kepada kerosakan hati kekal dan mempunyai kadar kematian tertinggi.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 300 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Di Malaysia terdapat 1.3 juta rakyatnya menghidap hepatitis B. Gejala-gejalanya; demam, tiada selera makan, termasuk tidak selera merokok, letih lesu, kulit menjadi kuning, air kencing kuning serta najis nampak pucat.

``Keadaan ini dikenali sebagai jangkitan hepatitis akut. Dua peratus daripada pesakit hepatitis akut boleh mendapat hepatitis akut teruk hingga membawa kegagalan hati teruk. ``Seperti hepatitis C, sebahagian besar pesakit yang dijangkiti viral hepatitis B tidak mengalami apa-apa tanda,'' jelas Dr. Fazilah.

Didapati 90 peratus bayi yang dijangkiti penyakit ini akan menjadi penghidap hepatitis B kronik manakala 50 peratus kanak-kanak juga akan menjadi pesakit hepatitis B kronik sementara lima hingga 10 peratus dewasa akan menghidap hepatitis kronik.

Bagaimana ia merebak?

Virus hepatitis B boleh dijangkiti dengan pelbagai cara. Antaranya sentuhan darah ke darah seperti tercucuk jarum, suntikan mahupun berkongsi jarum, hubungan seks, berkongsi berus gigi, sikat, percikan darah ke muka dan diwarisi daripada ibu ke anak. Bagaimanapun, ia tidak boleh dijangkiti hanya dengan bersin, batuk, berkongsi pinggan mangkuk dan berpelukan. Tambah Dr. Fazilah, ia boleh dielakkan dengan mengelak tabiat seks rambang dan tidak berkongsi jarum. ``Jika suasana bekerja terdedah dengan darah, cecair badan, amalkan sikap berhati-hati dan dapatkan imunisasi,'' jelas beliau.

Menurutnya, jika seseorang disahkan menghidap masalah jangkitan hepatitis B kronik dinasihatkan menjalani ujian darah berkala untuk fungsi hati, ujian serum alpha tetaprotein dan ujian ultrasound hati, sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Siapa yang patut menjalani ujian darah?
* Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit hati
* Mereka yang datang dari China di mana berlakunya wabak jangkitan HBV
* Penagih dadah atau mereka yang terlibat dengan seks rambang
* Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa penghidap penyakit ini
* Kakitangan kesihatan
* Pesakit yang menjalani rawatan dialisis.
Rawatan

Dr. Fazilah menegaskan, terdapat kes-kes hepatitis di mana pesakit akhirnya bebas daripada penyakit itu selepas satu tempoh yang agak lama kerana antibodi pesakit itu berjaya melindungi diri daripada penyakit tersebut. Sebab itu pesakit dinasihatkan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan. Jagalah hati dengan baik.


Hepatitis A

``Penyakit kuning atau hepatitis A juga adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira umur, usia dan jantina. ``Penyakit ini senang berlaku di kawasan yang kotor di mana para penduduknya tidak mengamalkan kebersihan diri, makanan, tempat tinggal dan persekitaran,'' ujar beliau. 

Bagaimana ia merebak?

Dr. Fazilah berkata, virus boleh didapati dalam najis dan darah pesakit atau pembawa penyakit ini. Virus boleh memasuki tubuh badan melalui minuman dan makanan tercemar.``Makanan boleh tercemar jika tidak mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih setiap kali selepas membuang air besar, sebelum makan atau sebelum menyediakan makanan. ``Begitu juga jika memakan makanan yang dihinggapi lalat dan memakan buah-buahan yang tidak dicuci terlebih dahulu serta keadaan di luar dan dalam rumah yang kotor, di mana lalat dan tikus boleh membiak serta meminum air yang tercemar.''

Serangan virus ke atas hati boleh menyebabkan penyakit akut dengan simptom-simptom seperti demam, rasa loya atau mahu muntah, hilang selera makan, letih lesu dan tidak bermaya dan, mata serta kulit menjadi kuning. Penyakit berlarutan selama beberapa minggu. Pemindahan virus boleh dielakkan melalui amalan penjagaan kebersihan yang baik terutamanya ketika penyediaan makanan.

Sumber :- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1521.0